27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Disyaki Terbabit Kes Curi Ferrari, Anak Penyanyi Antara Enam Individu Ditahan

    Shopee Sale



    Anak seorang penyanyi tempatan antara enam individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes mencuri sebuah Ferrari yang ditinggalkan di pusat cuci kereta di Hulu Klang, pada 17 November lalu.

    Jumpa di kawasan parkir

    Memetik laporan Buletin TV3, mangsa meninggalkan kenderaan mewah berwarna merah itu di premis terbabit beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku.

    Mangsa mendakwa meminta seorang pekerjanya menghantar kereta terbabit untuk dicuci beberapa hari sebelum itu.

    Pada 11 pagi, 17 November mangsa menyedari kereta berkenaan sudah hilang disyaki dicuri lalu membuat laporan.

    Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kejadian tersebut membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

    Bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya berjaya menahan empat suspek lelaki berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun di sekitar Ampang.

    Satu lagi tangkapan susulan dilakukan pada 20 November membabitkan seorang suspek lelaki berusia 38 tahun.

    Hasil soal siasat ke atas suspek, polis menemukan semula kereta Ferrari berkenaan di kawasan parkir sebuah apartment di Taman Tunku, Kuala Lumpur pada 23 November.

    MENARIK:  ‘Mana Tahu Sebenarnya Yassin Tengah Banyak Duit.. Dia Tengah Duduk Relaks?’

    Berikutan daripada itu, seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.

    Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau.

    Polis turut merampas antaranya lapan telefon pintar dan empat buah kereta jenis Ferrari, Naza Suria, BMW XS, dan BMW.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah