Pelakon Diana Danielle kini sudah bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya selepas hampir setahun melalui fasa perceraian.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa Penuh, Utamakan Empati – ‘Saya Beritahu Kebaikan & Manfaat’
Artikel Berkaitan: Gelagat Aaisyah & Aurora ‘Speaking’ Di Dapur ‘Anak Mama Masak Apa Tu?’ Curi Tumpuan, Diana Danielle Seloroh – ‘Cakap Melayu Dik’
Diana Danielle ada teman istimewa

Ketika ditemui , pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 35, mengakui dia sama sekali tidak menyembunyikan hubungan istimewanya dengan seorang ahli perniagaan yang sudah dikenalinya sejak setahun lalu.
Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah, memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.
Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.
Diana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single Raya Macam Mana? dendangannya bersama penyanyi rap, Francis Roman di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, pada Selasa.
Bagaimanapun, pelakon filem Imaginur ini memilih untuk tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan selain meletakkan sempadan antara kekasih baharunya dengan urusan keluarga.
Saya rasa memang susah untuk dia (membuka hati), kerana bagi saya susahnya sebab hendak percayakan orang baru. Saya pun ada anak, jadi takut ada isu-isu dan sebagainya.
Jadi, saya cuba untuk uruskan perkara ini dengan sangat perlahan, berhati-hati, cuba untuk tak salah langkah dan tak salah buat keputusan.
Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak dengan saya sahaja. Dia tidaklah dengan anak-anak atau sebagainya, saya tak campur adukkan perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Diana tampil dengan single sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Macam Mana? dengan pendekatan segar menerusi kolaborasi istimewa bersama penyanyi rap meningkat naik, Francis Roman.
The post Diana Danielle Dilamun Cinta Dengan Ahli Perniagaan – ‘Sudah Sampai Masanya, Saya Dah Move On’ first appeared on OHBULAN!.





