Pelakon, Linda Hashim tampil mendedahkan punca sebenar dirinya tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan seperti mana yang didakwa suaminya yang juga pelakon, Beego.
Artikel Berkaitan: Beego Kesal Dengan Kenyataan Linda Hashim – ‘Kalau Isteri, Mana Boleh Keluar Rumah 9 Bulan Tanpa Izin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’
Ada sebab tak balik rumah

Ketika ditemui , pemilik nama Norhazlinda Hashim ini mendakwa, tindakannya itu dibuat kerana takut dikasari Beego ditambah pula dengan perasaan trauma anak-anak yang melihat insiden keganasan rumah tangga sebelum ini.
Ada empat sebab kenapa saya tak balik ke rumah selama sembilan bulan. Pertama, saya kena pukul. Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.
Ketiga kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan mangga pintu rumah dari luar.
Saya ada saksi yang tolong memotong mangga. Selama ini saya diam, sekarang saya beritahu perkara sebenar.
Linda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Linda ‘warning’ Beego

Berkongsi lanjut, pelakon drama ‘Susuk’ ini memaklumkan dia juga memiliki laporan polis serta surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego daripada mendekatinya.
Dalam masa sama, Linda memberi amaran kepada Beego agar tidak lagi melakukan provokasi terhadap dirinya dan anak-anak.
Saya ada laporan polis dan juga laporan perubatan. Walaupun begitu, atas dasar berperikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa dengan anak-anak.
Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi.
Jangan tambah-tambah cerita dan provoke sebab saya langsung tak ganggu hidup dia. Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya provoke.
Belum lagi saya dedahkan bukti-bukti yang banyak dalam telefon saya. Ini amaran saya.
Terdahulu, Beego tidak hadir bagi proses mendengar laporan JKP pada Selasa kerana tidak sihat.
Pada 23 April lalu, Linda dan Beego selesai melakukan proses JKP berhubung kes perceraian mereka.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Jun sebagai tarikh mendengar laporan JKP sebelum ditunda ke hari ini.
Sebelumnya, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.
Dedah Linda, mereka pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk pada April 2023.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
The post ‘Dia Akan Mangga Pintu Rumah Dari Luar’ – Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Pukul, ‘Warning’ Beego Henti Provoke first appeared on OHBULAN!.





