29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dakwa Ben Ladin Tak Bayar Gaji, Pekerja Mohon Maaf Secara Terbuka – ‘Saya Salah Faham, Dia Tak Bersalah’

    Shopee Sale

    Susulan tularnya dakwaan isu tunggakan gaji melibatkan penyanyi Ben Ladin baru-baru ini, Individu yang membuat pendedahan tersebut akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat’ – Pekerja Dakwa Ben Ladin Culas Bayar Upah

    ‘Saya minta maaf, Ben tak salah’

    View on Threads

    Menerusi satu hantaran video di aplikasi Threads, individu berkenaan mengakui bahawa segala kekecohan yang berlaku adalah berpunca daripada salah faham dari pihaknya sendiri.

    Jelasnya, Ben hanyalah bertindak sebagai ‘orang tengah’ dan rakan kongsi dalam urusan perniagaan tersebut, bukannya pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam urusan pembayaran gaji.

    Saya nak betulkan isu saya dengan Ben Ladin. Benda ni sebenarnya salah faham antara saya, staf, Ben Ladin sebagai orang tengah, dan supplier.

    Ben cuma mencari pekerjaan sahaja, dia cuma rakan kongsi.

    Dalam pada itu, individu berkenaan turut merayu kepada netizen agar berhenti mengecam Ben serta keluarganya malah dia mengakui tindakannya sebelum ini telah menyebabkan imej penyanyi itu tercalar.

    Saya memohon maaf kepada Ben Ladin, isteri, anak dan keluarga dia. Saya harap kau orang berhenti bercakap pasal dia. Dia orang tak salah, ini semua salah faham.

    Gaji saya pun telah dibayar. Saya harap korang padam semua hantaran atau komen maki hamun dekat dia. Saya harap korang pun mohon maaf dekat Ben.

    Individu ini mengakui kekhilafannya yang bertindak mengikut emosi tanpa menyelidik punca sebenar masalah tersebut.

    Saya mengaku salah saya, saya salah faham dan saya bertindak secara melulu. Kalau kau orang dekat tempat saya, kau orang pun akan buat benda sama.

    Tapi di sini saya nak tegaskan, bukan salah Ben, bukan salah bini dia, bukan salah anak dia.

    Sumber: Threads frn666_

    MENARIK:  Amirul AF4 Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun, Tinggalkan Isteri Hamil Trimester Ketiga

    The post [VIDEO] Dakwa Ben Ladin Tak Bayar Gaji, Pekerja Mohon Maaf Secara Terbuka – ‘Saya Salah Faham, Dia Tak Bersalah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah