30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu – ‘Nampaknya Sampai Di Sini Sahaja Jodoh Kami’ 

    Shopee Sale

    Pelakon, Dayana Roza mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, usahawan A’dale Adham Ayahudin sejak 18 Disember lalu.

    Artikel Berkaitan: Dayana Roza Ditahan Di Wad, Akui Kerap Stres & Lupa Makan – ‘Jangan Tunggu Sampai Badan Sakit’

    Artikel Berkaitan: Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!

    Sah bercerai

    Memetik sumber Kosmo, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, mengesahkan kehadirannya ke mahkamah pada tarikh tersebut adalah bagi tujuan perceraian.

    Mengulas lanjut, Dayana berkata alasan penceraian adalah disebabkan sudah tiada persefahaman dengan bekas suaminya.

    Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah.

    Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan.

    Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami.

    Dayana yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan demi masa depan anak-anaknya.

    Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Insya-Allah kalau ada tawaran yang sesuai dan kena dengan waktu, saya akan terima. Saya masih menjaga anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan perhatian.

    Sebelum ini saya banyak tolak tawaran lakonan demi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi kini, saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak.

    Sebelum ini, Dayana dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh dia didakwa bercerai.

    MENARIK:  Ooi Tianjia Cabar Diri Di Usia 16 Tahun Sertai Ujibakat Calpis Soda OIAM

    Pun begitu, tiada pengumuman dikeluarkan oleh Dayana berkenaan dengan penceraiannya pada ketika itu.

    Untuk rekod, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya 4 dan Aryan Andika, 2.

    Sumber: Kosmo

    The post Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu – ‘Nampaknya Sampai Di Sini Sahaja Jodoh Kami’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah