26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daniel Fong Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set, Netizen Terhibur ‘Part’ Pakai Deodoran – ‘Kami Dah Percaya Ketiak Tak Berbau’

    Shopee Sale

    Hantaran terbaharu pelakon, Daniel Fong di TikTok miliknya mencuri perhatian apabila dia memuat naik sepotong video memaparkan rutin yang dilakukan setiap kali sebelum masuk ke set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: Isu Bau Badan Di Set Penggambaran, Netizen Petik Nama Daniel Fong – ‘Saya Pakai Deodoran’

    Artikel BerkaitaArtikel Berkaitan: Kritik Bau Badan Kaum Lelaki, Penyampai Berita Dikecam Hingga Terpaksa Berhenti Kerja

    Pakai deadoran

    Antara rutin yang dilakukan oleh pemilik nama lengkap Daniel Fong Weng Chuan, 29, adalah memakai wangian dan produk penjagaan wajah. Tidak hanya itu, aktor tersebut juga dilihat menggunakan deodoran.

    Apa yang mencuit hati apabila Daniel menghidu ketiaknya selepas menggunakan deodoran sambil membuat signal ‘tidak’ menandakan ketiaknya tidak berbau.

    Momen itu bikin rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terhibur lantas teringat akan berita mengenai bau badan seorang pelakon lelaki di set penggambaran yang dikaitkan dengan diri Daniel.

    Okay abang, kami dah percaya abang pakai deadoran, ketiak abang tak berbau.

    Saya percaya je Daniel wangi sebab pernah jumpa depan-depan.

    Part dia pakai deadoran itu aku tergelak besar weh, hahahah lucu lah.

    Terdahulu, aktres Harissa Adylnn berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila gandingannya dalam sebuah drama mempunyai masalah bau badan.

    MENARIK:  Adriana Adnan Cuba Nasib Tembusi Pasaran Indonesia – ‘Sukar Sebab Berjuta Orang’

    Perkara itu membuatkan Harissa tidak berasa selesa untuk menjalani penggambaran sehingga banyak kali terpaksa menahan nafas.

    Susulan itu, netizen memetik nama Daniel Fong dan mendakwa individu yang dimaksudkan Harissa adalah dirinya rentetan mereka digandingan dalam sebuah drama.

    Sumber: TikTok

    The post Daniel Fong Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set, Netizen Terhibur ‘Part’ Pakai Deodoran – ‘Kami Dah Percaya Ketiak Tak Berbau’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah