Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan berkongsi pengalaman mencuba nasib menembusi pasaran Indonesia dengan menyertai beberapa ujibakat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita, Idam KJ Sebagai Tetamu Musim Kedua
Artikel Berkaitan: Adriana Adnan Tertarik Untuk Ulas Isu Lelaki ‘Songsang’ Dalam Podcast – ‘Bukan Menyokong, Tetapi Mahu Dengar Cerita Mereka’
Kelas berlakon di Indonesia

Ketika ditemui , Adriana memaklumkan bahawa dia tekad untuk mengambil kelas lakonan iaitu Projek Selasa di Jakarata dua tahun lalu bersama Indra Pacique.
Difahamkan, kelas tersebut menampilkan barisan artis Indonesia yang terkenal sepeti Reza Rahadian, Chicco Jerikho, dan Abima Aryasatya.
Saya ada beberapa kenalan keluarga dan rakan pelakon di sana yang mencadangkan sekolah itu.
Saya ingin cuba menimba ilmu daripada barisan artis Indonesia yang hebat.
Saya nak cuba pasaran di Indonesia sebab minat tengok karya mereka.
Saya juga ada jalani beberapa uji bakat di sana, tapi memang susah sebab terlalu ramai orang yang sertai.
Adriana berkata demikian ketika ditemui pada penggambaran siri Viu yang dibintanginya berjudul Putri & Phrince arahan Liyana Jasmay, pada Khamis.
Dalam pada itu, selebriti jelita berusia 30 tahun itu menganggap sukar untuk menapak nama di Indonesia tanpa ‘cable’.
Bagaimanapun, Adriana terus berfikiran positif dengan memilih untuk berusaha memantapkan bakat lakonannya sehingga rezeki berpihak kepadanya.
The post Adriana Adnan Cuba Nasib Tembusi Pasaran Indonesia – ‘Sukar Sebab Berjuta Orang’ first appeared on OHBULAN!.





