Pelakon, Daler Yusuf berkongsi telah membuat permohonan maaf kepada pelakon, Puteri Balqis berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Terima Mesej Daripada Pengarah & Penerbit, Ada Yang Minta Gambar, Ajak Bercuti’ – Daler Yusuf
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya’ – Daler Yusuf
Dah minta maaf

Ketika ditemui, Daler Yusuf, 34, berkata permohonan maaf itu dibuat bagi menjelaskan salah faham yang timbul berhubung hantarannya sebelum ini.
Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada Puteri Balqis terhadap mesej yang telah dihantar.
Saya ada direct message (DM) dia, saya betul-betul minta maaf kalau saya buat dia marah ke apa.
Saya sokong apa yang dia buat seperti bersuara mempertahankan dirinya sendiri.
Daler berkata demikian ketika ditemui sidang media Ramadan dan Syawal TV AlHijrah di AC Hotel pada petang Khamis.
Mengulas lanjut mengenai hantarannya sebelum ini, Daler berkata hantaran tersebut dibuat hanya untuk menegur penggunaan bahasa oleh mereka yang berkait rapat.
Malah, pelakon Terima Aku Seadanya itu berkata bahawa dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan peribadi pelakon berkenaan.
Saya tegur sebab sebagai lelaki kita tak boleh kurang ajar dengan perempuan.
Saya percaya dalam Islam kita sebagai muslim terutamanya lelaki kena jaga mulut, bahsa apabila berdepan dengan perempuan tidak kira sejahat mana pun wanita itu.
Bila saya tengok muat naik di Instagram Story bagi saya sangat biadab. Menuduh tanpa bukti dekat perempuan yang masih muda.
Keluarga turut dikecam

Jelas Daler, susulan pandangan yang diberikan, dia turut menerima komen kecaman, namun tidak dapat menerima apabila keluarganya terpalit sekali.
Perkara itu memang tidak boleh diterima. Saya tidak kisah kalau mereka nak kecam saya tetapi janganlah buat dekat keluarga.
Saya kongsi gambar anak saya yang bongsu sakit dan minta doakan supaya dia cepat sembut tapi bila saya buka DM saya terus down sebab ramai yang kecam.
Sebelum ini, Daler secara terbuka menasihatkan bapa tiri dan tunang Puteri Balqis supaya tidak mencampuri urusan aktres itu berkenaan isunya bersama Mia Sara.
Pelakon filem Bintang Hatiku ini juga tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua lelaki itu yang didakwa bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia.
The post Daler Yusuf Minta Maaf Kepada Puteri Balqis – ‘Hanya Mahu Tegur Lelaki Tak Boleh Kurang Ajar Dengan Perempuan’ first appeared on OHBULAN!.





