26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tayang Cincin, Wani Kayrie Diulit Bahagia?

    Shopee Sale



    Penyanyi popular, Wani Kayrie, mencetuskan spekulasi selepas memuat naik gambar cincin dilengakapi kotak di media sosial miliknya seolah memberi gambaran dirinya sudah ’disunting’ seseorang.

    Wani Kayrie diulit bahagia?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah, 25, tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai maksud di sebalik gambar tersebut, namun hanya menyertakan emoji cincin pada ruangan kapsyen.

    Lebih meraih perhatian apabila pelantun lagu Jangan Jangan itu turut menggunakan lagu Bermuara nyanyian penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sebagai lagu latar belakang foto tersebut.

    MENARIK:  ‘Ajad Rindu Mak, Kalau Boleh Nak Tidur Dengan Mak Tiap Malam..Terima Kasih Terima Ajad Seadanya’

    Susulan daripada perkongsian itu, ramai peminat mula membuat andaian bahawa Wani kini sedang diulit bahagia.

    Bagaimanapun, pihak pengurusan Wani iaitu Rocketfuel Entertainment ketika dihubungi enggan memberikan komen lanjut.

    Maaf, buat masa ini, kami belum ada sebarang kenyataan untuk dikongsikan. Jangan risau, kami akan kongsi jika ada sebarang perkembangan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Wani dan mendoakan kebahagiaan buat penyanyi itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah