33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi budak autistik lemas di parit: Polis sahkan tiada unsur jenayah

    Shopee Sale

    Kes kematian kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun di Kampung Baru dekat Sungai Sumun, Hutan Melintang, semalam tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

    Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata berdasarkan laporan bezah siasat yang dijalankan di Hospital Teluk Intan, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat lemas.

    “Pemeriksaan awal pada badan mangsa turut mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal mahupun petunjuk berlakunya unsur jenayah.

    “Sehubungan dengan itu, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak petang sebelum dia ditemukan meninggal dunia di dalam parit di kawasan kelapa sawit di kampung berkenaan pada 10.08 malam tadi semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

    MENARIK:  Nahas Gerik: JPJ mahu heret pengendali syarikat bas ke mahkamah

    Mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Mohammad Ali berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 4.54 petang dengan menyatakan kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berada di ruang tamu rumahnya di kampung tersebut.

    Usaha pencarian pada mulanya dijalankan ahli keluarga dan penduduk sekitar namun gagal menemukan mangsa sebelum sebuah Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka bagi melancarkan operasi pencarian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah