33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timb MB: Rakyat Kelantan diminta peka risiko keselamatan di Selatan Thailand

    Shopee Sale

    Rakyat Kelantan yang merancang untuk melancong atau berkunjung ke Selatan Thailand diminta sentiasa peka terhadap risiko keselamatan susulan insiden letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Daerah Tak Bai, Narathiwat, Isnin lepas.

    Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata peringatan itu penting memandangkan ramai rakyat negeri ini mempunyai hubungan kekeluargaan, urusan perniagaan dan kerap berulang-alik ke wilayah berkenaan.

    Beliau berkata kerajaan negeri tidak menghalang rakyat Kelantan daripada mengunjungi negara jiran itu, namun mereka perlu sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

    “Kita tidak bermaksud melarang rakyat kita pergi ke Thailand kerana ramai juga rakyat kita mempunyai hubungan persaudaraan dengan rakyat di Thailand.

    MENARIK:  Gurauan isteri kedua: Putin sifatkan Anwar 'Muslim sejati'

    “Cuma, jika hendak melancong atau berkunjung ke sana, kita (perlu) mengambil sikap supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.

    Dalam kejadian pada 11.41 pagi waktu tempatan pada Isnin, sebuah kenderaan Proton X50 yang dinaiki dua lelaki rakyat Malaysia terkena letupan bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di tepi jalan berhampiran Persimpangan Sapom, Mukim Phrai Wan, Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwat.

    Kedua-dua mangsa berusia 38 dan 45 tahun itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Narathiwat untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah