29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan Netizen Memunculkan Kontroversi Semula Berkaitan Shakilla – Adakah Beliau Bertemu Bekas Isteri Fariz Di Mahkamah Syariah?

    Shopee Sale



    killa

    Belum habis penat bertungkus lumus untuk majlis pernikahan, pelakon Shakilla Khoriri menjadi target netizen di media sosial apabila habis cerita lama dibongkar.

    Pasti ke suami orang?

    shakilla kahwin

    Menerusi video di TikTok @entah.apo2, pengelola (admin) memuat naik beberapa keping foto mesra Shakilla ketika didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lalu.

    Bagaimanapun, ketika ditemu bual pada ketika itu, pelakon drama Bukan Khadijah menafikan dakwaan dirinya pernah berzina dengan mana-mana lelaki dan menganggap tuduhan tersebut sangat melampau.

    Selain itu, Shakilla juga menepis dakwaan yang mengatakan dia menjadi penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.

    Posting lama netizen cari

    FIZI ALI-3

    Sementara itu, hantaran-hantaran Instagram Stories yang pernah dimuat naik bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali turut dikongsikan semula.

    Hantaran FB bekas isteri

    Ailanee Josmin

    Bukan itu saja, netizen turut singgah di Facebook (FB) bekas isteri kepada Fariz. Posting yang dibuat pada 11 September 2023 mencuri perhatian warganet untuk membaca.

    Sentiasa disuruh, ditegur untuk berdamai dengan takdir. Baiklah saya turutkan.

    Semoga kalian berbahagia atas segala perbuatan kalian.

    Menurut sumber, tempoh idah bekas isteri Fariz baru selesai pada Januari lalu.

    MENARIK:  [CERITA] Cik B Berterima Kasih Mendapat Banyak Duit Raya, Penerimaan Derma RM5,000 daripada ‘Followers’ – Masalah Kemalangan Kod QR

    Semalam, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

    Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah