27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dah Tahu Tapi Tetap Abaikan, Ini Hukum Cacah Tatu & Kesan Pada Ibadah

    Shopee Sale

    Berbeza dengan innai, tatu secara umum adalah proses memasukkan dakwat ke bawah kulit secara kekal untuk menghasilkan lukisan atau tulisan.

    Artikel Berkaitan: Netizen Bimbang Influencer Tampil Dengan Penampilan Baru – ‘Tatu Itu Masih Baru, Masih Merah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Dibantu Ebit Lew, Mondy Tattoo Kini Berbadan Dua? – ‘Hamil Tanpa Suami Itu Bukan Mudah’

    Hukum buat tatu

    Pada era ini, ramai yang memandang ringan perbuatan mencacah tatu terutamanya dalam kalangan umat Islam.

    Namun apakah hukum bagi mereka yang melakukan perbuatan ini dan adakah ibadahnya akan diterima?

    Menurut takrif Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, tatu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir.

    Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau (atau warna-warna lain.)

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah haram ke atas orang yang meminta dibuatkan tatu atau pembuat tatu dan ia tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.

    Perbuatan melakukan tatu dilaknat Allah Taala dan Rasullullah SAW.

    Nabi ﷺ bersabda: Diriwayatkan daripada Ibn Umar R.anhuma:

    أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

    Maksudnya: “Bahasa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan dan yang mencucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu”.

    MENARIK:  [VIDEO] Alyph Kongsi Nasihat Arwah Ibu – ‘Maafkan Orang Walau Apa Pun Dia Buat Dekat Kita’

    Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5937) dan Imam Muslim (no. 2124) dalam al-Sahih mereka.

    Kesan tatu dalam ibadah

    Jika tatu dibuat dengan kaedah yang hanya melapisi kulit, seperti menggunakan pelekat atau dakwat tebal di atas epidermis tanpa menembusi kulit sebenar, air tidak dapat menembusi lapisan tersebut.

    Oleh itu, wuduk atau mandi janabah yang dilakukan tanpa menanggalkan atau membersihkan lapisan tersebut dianggap tidak sah, kerana syarat sah wuduk dan mandi junub ialah air sampai ke seluruh kulit.

    Semasa proses membuat tatu, jarum akan mencucuk kulit sehingga mengeluarkan darah. Jika dakwat bercampur dengan darah dan tertinggal di bawah kulit, ia dianggap sebagai darah yang tersumbat (najis).

    Secara asasnya, membawa najis adalah dilarang, pun begitu sekiranya ia sukar atau mustahil untuk dibuang kerana kekangan wang atau boleh merosakkan badan maka ia dianggap najis yang dimaafkan (ma’fu ‘Anhu).

    Dengan itu, ibadah seperti solat tetap sah dan boleh diteruskan.

    Sementara itu, menyentuh mengenai ibadah, solat seseorang tetap sah walaupun dia memiliki tatu, selagi dia telah bertaubat dan berusaha untuk membuangnya.

    Bagaimanapun, setiap individu yang mencacah tatu wajib bertaubat dengan bersungguh-sungguh (taubat nasuha) demi memperbaiki keadaan rohani dan ibadahnya.

    Sumber: E-central, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Dah Tahu Tapi Tetap Abaikan, Ini Hukum Cacah Tatu & Kesan Pada Ibadah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah