
Balu kepada pelawak, Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali mencuri perhatian menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.
Dah ada kekasih?
Menerusi hantaran di TikTok, Hidayah memuat naik video memaparkan dirinya yang sedang keluar berjalan-jalan bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Dapat dilihat, tangan Hamzah dipimpin oleh seorang lelaki misteri yang mengenakan baju berona putih di hadapan Hidayah.
Walau bagaimanapun, Hidayah memilih untuk tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut dengan meletakkan pelekat emoji sepanjang video.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki mengenai identiti lelaki tersebut dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah jika benar lelaki tersebut merupakan kekasihnya.
Terdahulu, Hidayah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bersama seorang lelaki.
Perkongsian tersebut menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mendakwa lelaki tersebut merupakan kekasih baharu kepada Hidayah.
Untuk rekod, Hidayah sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hamzah yang kini berusia enam tahun.
Walau bagaimanapun, jodoh Hidayah dan Abam tidak berpanjangan selepas pelawak itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 lalu akibat demam panas.





