32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cungkil Bakat Pelajar, Harian Metro & DRB-HICOM Anjur Pertandingan Pantun Peribahasa

    Shopee Sale

    Harian Metro dengan kerjasama DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) bakal menganjurkan Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa DRB-HICOM bersama Harian Metro 2025, khusus untuk pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Selangor.

    Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa

    Inisiatif ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen DRB-HICOM sebagai peneraju industri automotif negara, tetapi juga usaha Harian Metro dalam mengukuhkan jenama di kalangan generasi muda. 

    Pertandingan ini turut menjadi platform penting bagi memartabatkan seni pantun, mencungkil bakat kreatif pelajar, serta memastikan warisan sastera Melayu terus segar dan relevan.

    Penganjuran ini turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang akan bertindak sebagai panel juri rasmi, serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam proses pemilihan peserta.

    Majlis pelancaran pertandingan berlangsung pada Jumaat di Balai Berita Bangsar. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi Harian Metro dan DRB-HICOM termasuk Pengarang Urusan Kumpulan Berita & Ehwal Semasa (NCA), Jasbant Singh; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Ketua Pegawai Komunikasi DRB-HICOM, Cairil Irwan Amir; dan Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kumpulan, Nur Balkish Hood.

    Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata, pihaknya berbangga dapat menganjurkan pertandingan ini bersama DRB-HICOM kerana ia mampu memperkukuh peranan sastera Melayu sebagai warisan kebangsaan.

    Pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan penghayatan pantun dan peribahasa, malah melahirkan generasi pelajar yang kreatif, berdaya saing dan bangga dengan identiti budaya mereka.

    Dengan sokongan DBP, kami yakin pertandingan ini akan berlangsung dengan cemerlang.

    Penyertaan dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sekolah menengah harian di Selangor bermula 12 Ogos hingga 31 Ogos 2025.

    MENARIK:  Jofliam Jawab Dakwaan Netizen Dewi Tidak Pandai Masak – ‘Agak Terkejut Orang Kalut Persoal Isteri Letak Daun Kari’

    • Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pemantun utama dan 1 pemantun simpanan.

    • Peserta dikehendaki menghantar 3 rangkap pantun balas beserta video pantun interaktif melalui borang Google Form yang disediakan.

    • Peringkat suku akhir & separuh akhir akan berlangsung pada 23 September 2025, manakala peringkat akhir dijadualkan pada 29 September 2025 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Lapan kumpulan terbaik hasil saringan JPNS akan mara ke peringkat suku akhir untuk berpantun secara langsung di hadapan panel hakim. Daripada itu, empat kumpulan akan layak ke separuh akhir sebelum dua kumpulan terbaik bersaing di pentas akhir menerusi Pantun Lakon, iaitu gabungan seni pantun dan lakonan.

    Maklumat lanjut mengenai penyertaan boleh didapati di platform media sosial rasmi Harian Metro.

    The post Cungkil Bakat Pelajar, Harian Metro & DRB-HICOM Anjur Pertandingan Pantun Peribahasa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah