
Kisah cinta antara personaliti popular, Ameera Khan bersama bintang terkenal Indonesia, Jefri Nichol kini kian mendapat perhatian ramai.
Lebih 12 jam berbual
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan memuat naik beberapa keping foto ketika berada di kota Paris.
Namun, yang menarik perhatian warganet adalah foto terakhir yang memaparkan tangkap layar panggilan WhatsApp Ameera bersama Jefri selama lebih 12 jam.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tertanya-tanya apakah yang dibualkan mereka berikutan terlalu lama membuat panggilan telefon.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menyatakan bahawa itu adalah perkara normal bagi pasangan bercinta jarak jauh yang saling merindui.
Sekadar info, pasangan ini dilaporkan pernah bercinta namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.





