30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rezeki Anak Memang Lain Macam’ – Anzalna Nasir

    Shopee Sale

    Pelakon Anzalna Nasir menegaskan cahaya matanya berhak untuk mendapatkan semua kemewahan.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Imbau Momen Pertama Kali Jumpa Suami – ‘Dia Lelaki Idaman Yang Selama Ini Saya Cari’

    Untuk anak-anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir menitip ucapan hari lahir untuk kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

    Selamat hari lahir Eidress dan Emirhan! Mei adalah bulan yang istimewa untuk keluarga kami. Bulan di mana kedua-dua anak kami dilahirkan.

    Setiap tahun, kami meraikannya dengan sepenuh hati kerana mereka berhak untuk mendapatkannya. Sejak mereka hadir di dalam hidup kami, mereka membawa kegembiraan, kasih sayang dan keberkatan.

    Rezeki anak

    Menurut aktres berusia 37 tahun itu, dia dan suami Muhammad Hanif Zaki akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

    Rezeki anak ini memang lain macam. Keberkatan yang tidak dapat diungkapkan, ia adalah sesuatu yang hanya dapat dirasai di dalam hati.

    Melihat mereka membesar dan ketawa adalah hadiah yang paling bermakna kepada kami.

    Selagi ada rezeki, kami akan melakukan yang terbaik untuk beri apa yang mereka inginkan, tidak kiralah kecil atau besar.

    Mereka adalah cahaya kami, kekuatan kami dan sebab mengapa kami sentiasa tersenyum.

    Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

    MENARIK:  PU Riz Tawar Tukar ‘Seat’ Dalam Kapal Terbang, Penumpang Wanita Tetap Tolak – ‘Kurang Baik Saya Nak Menyelit Depan Mereka’

    Sumber: IG Anzalna Nasir

    The post ‘Rezeki Anak Memang Lain Macam’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah