34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awal Ashaari Dipuji, Pandai Cipta Nama Dalam Industri Seni – ‘Tiada Kontroversi, Naik Dengan Bakat’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari terus membuktikan dirinya sebagai figura berwibawa dalam industri hiburan tanah air apabila meraih pujian netizen atas sikap profesional serta imej bersih yang ditampilkan sejak awal kerjayanya.

    Artikel Berkaitan: Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Mohon Bantuan Penderma Darah

    Artikel Berkaitan: ’12 Tahun Bersama Cukup Membuatkan Saya Hormat & Sayang Mama Macam Mak Sendiri’ – Awal Ashaari

    Netizen puji

    Baru-baru ini, Awal atau nama lengkapnya, Ahmad Awaluddin Ashaari memuat naik video memaparkan momen dirinya mengemudi majlis pernikahan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman pada Ahad lalu di Instagram miliknya.

    Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian netizen adalah cara pengacaraan dan penampilan Awal yang dianggap berkarisma.

    Awal ini bagus orangnya. Sangat pandai bina kerjaya. Tiada kontroversi dan naik dengan bakat.

    Memang suka betul kalau dia jadi pengacara. Maskulin, bersih, cakap pun teliti.

    Terharu dengan pujian tersebut, Awal yang juga suami kepada pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

    Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Saya gembira kamu menyukai cara saya.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Jenazah Lewat Kebumi: JAIS Nafi Masjid Tuntut RM1,400, Dakwa Borang Pengebumian Dipalsukan

    The post Awal Ashaari Dipuji, Pandai Cipta Nama Dalam Industri Seni – ‘Tiada Kontroversi, Naik Dengan Bakat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah