Penyanyi dan pengacara, Ceddy Ang berkongsi detik ketika menemui seekor anak kucing dalam keadaan kelaparan sewaktu menuju ke keretanya selepas selesai menggunting rambut.
Artikel Berkaitan: OBPVO2.0: Ceddy Ang Tak Pernah Anggap Diri Penyanyi Hebat – ‘Awak Tak Boleh Halang Sesiapa Untuk Mencuba’
Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Jawab Dakwaan Masyarakat Cina Tak Bersuara Isu Kemalangan Pemandu BYD – ‘Salah Tetap Salah’
Terdengar bunyi mengiau
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ceddy berkata dia terdengar bunyi mengiau yang kuat sebelum menyedari kehadiran seekor anak kucing di kawasan tersebut.
Menurutnya, bunyi itu mengingatkannya kepada detik pertama kali dia membawa pulang kucing peliharaannya, Angel.
Ketika sedang berjalan menuju ke kereta selepas selesai memotong rambut, saya terdengar bunyi mengiau yang sangat kuat.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya ada seekor anak kucing!
Cara dia mengiau sama seperti ketika saya mula-mula membawa Angel pulang ke rumah.
Dalam masa sama, pelantun lagu Asal Ada Kamu itu turut berharap anak kucing berkenaan menemui pemilik yang mampu menjaganya kerana buat masa ini dia belum berkesempatan memelihara haiwan baharu.
Semoga dia dapat jumpa pemilik yang akan bagi dia tempat tinggal. Buat masa sekarang ni saya memang belum boleh memelihara haiwan baharu.
Kalau tidak, dah lama dah dia kena culik. Sebab terlalu peramah! Tidak takut manusia punya kucing.
Sekadar info, Ceddy Ang tercalon dalam kelompok Top 15 kategori Content Creator Paling Viral bagi Paling Viral Online 2.0 (OBPVO2.0).
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori dengan undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar #OhBulanPalingViralOnline2.0 serta layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk mengundi calon pilihan anda!
Sumber: Threads
The post Ceddy Ang Temui Anak Kucing Kelaparan, Terus Terimbau Detik Pertama Jaga Angel first appeared on OHBULAN!.





