Pelakon veteran Mak Wan Latah tidak dapat menahan sebak apabila didakwa sering meminta bantuan demi menampung kos sara hidup yang semakin menghimpit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mak Wan Latah Hampir Pengsan, Terkejut Dengar Tuduhan Sondol Suami Orang – ‘Cantik Ke Diri Saya?’
Artikel Berkaitan: Mak Wan Latah Berdepan Masalah Sakit Lutut, Kos Pembedahan Cecah Puluhan Ribu – ‘Saya Tak Mampu, Hanya Bergantung Dengan Ubat’
Syukur atas bantuan
Ketika ditemui , Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima daripada majlis Simposium Seniman 2026.
Menurut Mak Wan, bantuan yang diterimanya hanya sekadar cukup untuk menampung kos sara hidup khususnya bagi urusan ulang-alik ke klinik demi mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan.
Saya sangat bersyukur dapat sumbangan.
Awalnya, mereka kata tak berani nak umumkan. Tapi Alhamdulillah, nama saya dipetik.
Bantuan ini bukan untuk kaya. Tapi buat untuk menampung kos saya naik pengangkutan awam, kos ubat-ubatan.
Saya dah lama tak kembali ke set penggambaran jadi Alhamdulillah. Mereka prihatin pada saya.
Saya juga dapat bantuan baitulmal untuk perbelanjaan harian. Kalau ikutkan tidak cukup, tapi nak buat macam mana.
Saya tak mahu meminta-minta. Saya hanya nak pekerjaan. Sebulan dua kali pun Alhamdulillah.
Mak Wan berkata demikian ketika ditemui di Simposium Seniman yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, pada Khamis.
Dalam pada itu, Mak Wan sebak mengenang pengalaman berniaga di Sungai Petani, Kedah yang diusahakan sepenuhnya dengan kudrat sendiri tanpa sebarang bantuan.
Saya pernah berniaga di Sungai Petani. Ketika itu hujan lebat, habis semua khemah roboh.
Kuah Laksa, kuah Mee semua tidak dapat diselamatkan. Selepas itu, saya dah sakit. Tak dapat nak teruskan berniaga.
Saya tiada orang bantu. Saya pula pergi berniaga naik bas. Saya bawa semua barang-barang sendiri, kita tiada kenderaan.
Tapi kalau dah Allah kata sampai situ saja rezeki kita, sampai situ sajalah.
The post [VIDEO] Mak Wan Latah Sebak Didakwa Sering Minta Bantuan – ‘Saya Hanya Nak Pekerjaan’ first appeared on OHBULAN!.





