Pelakon, Keith Foo mengalami kecederaan pada bahagian tangan ketika menjayakan satu babak dalam drama terbaharunya, Suamiku Anak Mak.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Akan Sentiasa Bersama’ – Keith Foo Titip Ucapan Hari Lahir Buat Riena Diana
Artikel Berkaitan: Sudah 10 Tahun Bina Nama Di Indonesia, Riena Diana Dedah Sebab Keith Foo Pilih Malaysia
Cedera kena pisau

Menerusi klip yang dikongsikan, babak tersebut memaparkan Keith yang membawa watak Haris menggunakan sebilah pisau untuk mengoyakkan sofa selepas bertengkar dengan isterinya, Zara lakonan Emma Maembong.
Namun, tanpa disedari, tangan Keith terluka sehingga berdarah. Pelakon itu kemudian melihat keadaan tangannya selepas menyedari kecederaan berkenaan.
Walaupun pihak produksi meminta penggambaran dihentikan seketika bagi memeriksa keadaannya, Keith memilih untuk meneruskan lakonan sehingga babak tersebut selesai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap profesional Keith yang tetap meneruskan lakonan meskipun sedang menahan kesakitan demi memastikan babak berkenaan dapat disempurnakan.
Sumber: TikTok
The post Keith Foo Cedera Terkena Pisau Ketika Penggambaran, Tetap Teruskan Lakonan Walaupun Diminta ‘Cut’ first appeared on OHBULAN!.





