26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Helmi Yusof Angkat Isu ‘Femisid’ Dalam Drama – ‘Zaman Sekarang Lelaki Sanggup Bunuh Kekasih Sebab Cinta’

    Shopee Sale

    Isu pembunuhan wanita atau femisid yang semakin mendapat perhatian masyarakat menjadi antara perkara yang diketengahkan pengarah, Helmi Yusof menerusi drama terbaharunya, Bayangan Dendam.

    Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Anggap Tiada Keperluan Wujudkan Akaun Threads – ‘Saya Generasi Milenial, Bukan Fomo’

    Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Diserang ‘Panic Attack’ Selepas Lihat Momen Sofea Shra Dinikahkan Bapa – ‘Saya Tak Dapat Rasa Begitu’

    Isu pembunuhan wanita

    Menurut Helmi, karya tersebut bukan sekadar menyajikan jalan cerita penuh misteri, sebaliknya membawa mesej kesedaran kepada penonton mengenai keganasan terhadap wanita yang masih berlaku dalam kehidupan masyarakat.

    Jelasnya, dia melihat drama berkenaan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan dakwah menerusi seni dengan memaparkan kesan buruk sesuatu perbuatan agar dapat dijadikan pengajaran.

    Sebagai pengkarya, kita ada cara tersendiri untuk menyampaikan mesej. Saya anggap naskhah ini sebagai satu cara berdakwah.

    Perkara yang baik kita tunjukkan baik dan yang buruk kita paparkan impaknya agar penonton sedar. Kebetulan atau tidak, isu jenayah melibatkan pembunuhan wanita memang sedang rancak diperkatakan.

    Helmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Mengulas mesej yang ingin disampaikan, Helmi berkata, drama itu memberi gambaran tentang bagaimana emosi dan dendam yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang bertindak agresif sehingga wanita menjadi mangsa.

    Memang zaman sekarang kita kerap dengar kes teman lelaki sanggup bunuh kekasih hanya kerana cinta. Ia sesuatu yang sangat serius.

    Mesej yang kami cuba sampaikan adalah untuk membela hak wanita. Dalam kehidupan, kita tidak boleh terlalu ekstrem mencintai seseorang sehingga hilang pertimbangan rasional. Perlu ada batas dan limitasi.

    Justeru, Helmi berharap penonton tidak hanya tertumpu kepada unsur misteri dan pembunuhan dalam drama tersebut, sebaliknya turut memahami mesej lebih besar berkaitan kepentingan kesihatan mental.

    MENARIK:  Berapa Peluang Bella Mendapat? - Netizen

    Teori netizen

    Drama Bayangan Dendam mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan penonton sejak mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu dan mengundang perdebatan di media sosial apabila ada yang cuba merungkai persoalan sama ada kematian Melissa (Sophia Albarakbah) berpunca daripada bunuh diri atau pembunuhan yang dirancang.

    Malah, beberapa pengulas kandungan di TikTok turut berkongsi andaian masing-masing selepas menemui petunjuk baharu dalam setiap episod. Ada yang pada awalnya percaya Melissa membunuh diri, namun mula mengubah teori selepas mengikuti perkembangan cerita.

    Selain misteri kematian tersebut, watak Farhan lakonan Nadhir Nasar turut menjadi perhatian apabila tindakannya mencetuskan pelbagai reaksi penonton, khususnya berkaitan konflik cinta tiga segi antara Melissa dan Ariana (Erysha Emyra).

    Teknik penceritaan menerusi imbas kembali serta gabungan elemen kepolisan dan humor juga menerima pujian kerana menjadikan jalan cerita lebih menarik.

    Selain Sophia, Nadhir dan Erysha, Bayangan Dendam turut menampilkan Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar serta Lan Siro. Drama berkenaan kini boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu.

    The post Helmi Yusof Angkat Isu ‘Femisid’ Dalam Drama – ‘Zaman Sekarang Lelaki Sanggup Bunuh Kekasih Sebab Cinta’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah