26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Allah Nak Ajar Jadi Lebih Kuat’ – Jazmy Juma 

    Shopee Sale

    Pelakon Jazmy Juma, menempuh dugaan bersama isteri, Farah Athirah Rozman yang mengalami keguguran sekitar September lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’

    Isteri keguguran

    Ketika ditemui pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu berkata, kehadiran cahaya mata adalah sebuah rezeki daripada Allah SWT.

    Justeru, Jazmy meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah SWT bahawa waktu yang tepat akan tiba untuk dirinya bergelar seorang bapa.

    Saya percaya kepada proses. Kalau belum lagi, maka belum lagilah. Maknanya saya mungkin belum bersedia. 

    Allah sahaja yang tahu saya bersedia ataupun belum. Kalau belum diberi rezeki, maknanya saya kena sedar mungkin ada benda yang Allah nak jaga.

    Allah nak ajar supaya saya dan keluarga menjadi insan yang lebih kuat lagi.

    Dalam pada itu, pelakon drama Yes! Captain Zul Aryan ini mengakui isterinya berada dalam keadaan sedih, namun dia bersyukur kerana mereka dapat lalui ujian sukar tersebut dengan sokongan ahli keluarga.

    Ya, sudah tentu (bersedih). Tapi Alhamdulillah kami berjaya menempuh segalanya.

    Dibantu juga oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sokongan moral daripada kakak-kakak. Kami juga minta nasihat mereka. 

    Kami pun belum ada pengalaman jadi perkara ini mengajar saya dan isteri menjadi seseorang yang lebih matang.

    Terdahulu, Farah memuat naik hantaran di media sosial dan berkongsi tentang khabar duka mengenai keguguran kandungannya.

    MENARIK:  Intan Najuwa Timang Anak Kedua – ‘Selamat Datang Ke Dunia, Imane Laudya’

    Untuk info, Jazmy dan Farah mendirikan rumah tangga pada 27 Jun lalu selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Undi Jazmy di OBPVO 2.0

    Sementara itu, Jazmy juga merupakan calon Top 15 kategori Pelakon Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.

    OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi  Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post [VIDEO] ‘Allah Nak Ajar Jadi Lebih Kuat’ – Jazmy Juma  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah