Korang tahu tak, aplikasi Grab sebenarnya bukan setakat untuk pesan makanan atau tempah GrabCar je? Ramai yang masih terlepas pandang satu ruangan khas iaitu GrabMall, tempat membeli-belah digital serba lengkap terus daripada jenama-jenama rasmi dan dipercayai!
Daripada produk kecantikan dan suplemen kesihatan, hinggalah ke barangan elektronik, keperluan diri, serta kelengkapan gaya hidup, semuanya ada dalam satu aplikasi sahaja. Paling syok, semua barang memang gerenti ori terus daripada jenama dipercayai, tak payah pening kepala fikir pasal barang tiruan!
Beli sekarang, terus dapat barang!
Korang jenis yang tak suka tunggu bungkusan pos berhari-hari sampai naik bosan? Konsep yang dibawakan oleh GrabMall memang padu iaitu Buy Now, Get Now. Barang pesanan korang akan dihantar terus ke depan pintu rumah pada hari yang sama, memang jauh beza dengan platform beli-belah lain yang perlukan korang tunggu berminggu-minggu.
Lagi best, sempena jualan gempak GrabMall 11.11 Sale yang berlangsung secara rasmi dari 9 November 2026 hingga 13 November 2026, korang boleh nikmati potongan diskaun sehingga 61% untuk barangan terpilih di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Untuk persediaan awal, korang dah boleh mula meninjau dan memasukkan barang idaman ke dalam troli beli-belah (cart) bermula 7 November hingga 8 November 2026 ini.
Bukan itu sahaja, penjimatan kali ini jadi berganda dengan adanya baucar diskaun bernilai sehingga RM111 untuk ditebus semasa pembayaran nanti! Cara nak tebus pun cukup senang dan tak perlukan sebarang kod baucar, korang cuma perlu klik bahagian “Offers” di halaman pembayaran (checkout) dan pilih baucar yang tersedia untuk ditolak terus daripada jumlah keseluruhan.
11 tawaran ‘anchor’ wajib korang intai di GrabMall

Supaya tak pening kepala masa hari jualan nanti, jom tengok senarai 11 barangan anchor daripada jenama terpilih yang patut korang masukkan siap-siap dalam senarai semak:
- Harman Kardon Aura Studio 5 Wireless Home Speaker (Bluetooth) daripada TMT – Pembesar suara rumah premium dengan kualiti audio mantap dan reka bentuk elegan.
- HUAWEI WATCH GT 7 PRO 46MM (Black) daripada Huawei – Jam tangan pintar berkuasa tinggi untuk pemantauan aktiviti kecergasan dan kesihatan harian secara bergaya.
- Logitech MX Keys S Wireless Keyboard (Graphite) daripada TMT – Papan kekunci tanpa wayar ergonomik yang melancarkan urusan kerja dan produktiviti korang.
- SanDisk Extreme Go microSD UHS-I V30 U3 Memory Card (256GB) daripada TMT – Kad memori berkelajuan tinggi untuk simpanan data, foto dan video peranti korang tanpa gangguan ruang penuh.
- Garmin Vivoactive 5 GPS Smartwatch (Ivory) daripada TMT – Jam pintar GPS serba moden untuk peminat gaya hidup aktif yang mementingkan penjejakan kesihatan tepat.
- WHEY PROTEIN CHOCOLATE (900G) daripada Decathlon – Minuman protein berperisa coklat lazat bagi membantu pemulihan dan pembentukan otot badan.
- TRAVEL 500 40L ORGANIZER BACKPACK daripada Decathlon – Beg galas kembara tahan lasak dan praktikal untuk susun barang peribadi bagi pengembaraan korang.
- Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule (25ml) daripada Innisfree – Ampul rawatan kulit muka untuk meremajakan dan memulihkan tekstur kulit supaya lebih anjal serta berseri.
- Vitamin C Tone Up Sunscreen (50ml) daripada Innisfree – Pelindung matahari dengan sentuhan pencerahan Vitamin C untuk melindungi kulit daripada sinaran UV sepanjang hari.
- Pure Protein Iso+ Chocolate Indulgence (SPI-CHOC-1KG) daripada OnTheGo – Serbuk protein tulen berkualiti tinggi untuk melengkapkan keperluan nutrisi kecergasan harian korang.
- Fanda Hair Straightener (2.5cm) daripada Yike Beauty – Pelurus rambut praktikal untuk dandanan rambut kemas dan rapi dengan cepat di rumah.
Cara paling senang nak shopping di GrabMall

Senang je korang nak mula membeli-belah, cuma ikut langkah mudah ini:
- Buka aplikasi Grab korang macam biasa.
- Cari dan klik pada ikon Mall.
- Scroll dan masukkan barang kegemaran ke dalam troli beli-belah (cart).
- Buat pembayaran bermula 9 November 2026 nanti!
Sedikit peringatan mesra, harga diskaun bagi setiap barangan hanya akan mula terpapar dan ditolak secara automatik dalam aplikasi apabila jualan bermula pada 9 November 2026 nanti. Manakala bagi baucar diskaun sehingga RM111 pula, ingat untuk klik bahagian “Offers” masa nak checkout dan pilih baucar tersebut.
Baucar ini tertakluk kepada had penebusan dan syarat perbelanjaan minimum, jadi siapa cepat dia dapat!
Tunggu apa lagi? Buka aplikasi Grab sekarang, tekan ikon Mall, dan masukkan barang idaman dalam cart korang hari ini juga untuk nikmati urusan beli-belah yang jauh lebih pantas, tulen dan menjimatkan sempena GrabMall 11.11 Sale!
The post GrabMall tawar diskaun sehingga 61%, barang sampai terus ke rumah sempena jualan 11.11 first appeared on OHBULAN!.





