26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Wadi Annuar Kongsi Keadaan Terkini, Dedah Sakit Tak Surut – ‘Buat CT Scan, Empat Tulang Rusuk Patah’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi keadaan terkini selepas 14 hari  terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik.

    Artikel Berkaitan: ‘Berhentilah Tayang Drama Yang Menormalisasikan Hubungan Songsang’ – Ustaz Wadi Annuar

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Minta Isteri Sediakan Bekal, Itulah Peluang Menabur Kasih Sayang’ – Ustaz Wadi Annuar

    Tulang rusuk patah empat

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Wadi memaklumkan dia mengalami kesakitan pada dua bahagian tubuh sejak kemalangan tersebut berlaku.

    Saya dah berapa belas hari kemalangan kemudian saya rasa sakit pada dua tempat.

    Tak lega selama14 hari walaupun dah makan ubat tahan sakit setiap hari.

    Dalam pada itu, Ustaz Wadi mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital dengan menggunakan imbasan CT (CT Scan) selepas pemeriksaan X-ray sebelum ini tidak menunjukkan sebarang kecederaan.

    MENARIK:  Pengantin Perempuan Hilang 6 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Kantoi ‘Check In’ Dengan Kekasih!

    Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati empat tulang rusuknya patah termasuk kecederaan pada bahagian belakang.

    Tadi saya pergi hospital untuk periksa dengan CT Scan. Hari itu X-ray saja, mereka kata tiada apa.

    Bila CT Scan tadi, rupanya patah empat di tulung rusuk. Dekat belakang pun patah juga.

    Patut saya makan ubat tahan sakit, tiada apa-apa perubahan.

    Terdahulu, media melaporkan Ustaz Wadi terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik.

    Maklumat mengenai insiden itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ustaz Wadi yang memaklumkan beliau bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan jam 2 pagi pada Oktober.

    Sumber: TikTok

    The post Ustaz Wadi Annuar Kongsi Keadaan Terkini, Dedah Sakit Tak Surut – ‘Buat CT Scan, Empat Tulang Rusuk Patah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah