27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Catriona Ross Turut Serta Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Bagi Yang Tak Nak Bantu, Lebih Baik Diam’

    Shopee Sale

    Pelakon, Catriona Ross berkongsi rezeki dengan seorang pemandu ojek di Indonesia sebagai tanda solidariti buat mereka yang ketika ini sedang berdepan dengan suasana tidak menentu ekoran gelombang protes besar-besaran yang berlaku di sana.

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Nanti Dimakan Ya’

    Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiri Majlis Pengebumian Affan Kurniawan, Pemandu Gojek Maut Digilis Trak Barracuda

    Catriona berkongsi rezeki

    View this post on Instagram

    A post shared by Catriona Ross (@catrionabrianross)

    Menerusi perkongsian di Threads, Catriona atau nama lengkapnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross memuat naik tangkap layar dirinya yang memesan 10 bungkus makanan tanpa meletakkan alamat yang tepat melalui sebuah aplikasi e-hailing makanan.

    Melalui perkongsian tersebut, dapat juga dilihat perbualan Catriona bersama penghantar makanan itu yang memaklumkan bahawa makanan yang dipesan adalah untuk diberikan kepadanya serta ahli keluarga yang lain.

    Semua pesanan ini buat kamu ya.

    Nak dibahagikan sesama kawan boleh, nak dibawa pulang untuk beri pada keluarga pun boleh.

    Semoga Indonesia cepat pulih.

    Nak ringankan beban

    Dalam pada masa yang sama, pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ ini memaklumkan bahawa pertolongan yang dihulurkan adalah semata untuk meringankan beban yang dirasai rakyat Indonesia.

    Saya turut serta membantu sebuah keluarga di Makassar.

    Bagi yang tak nak membantu, lebih baik diam. Bagi yang nak membantu, silakan.

    Beli makanan dan minuman pun bukan guna duit korang.

    Apa-apa pun, buat Indonesia, semoga esok akan lebih bercahaya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap keprihatinan ditunjukkan Catriona terhadap nasib yang menimpa rakyat di Indonesia.

    MENARIK:  Kenapa Ramai Rohingya Datang Ke Malaysia? Public Health Malaysia Kongsi 5 Faktor Utama

    Terdahulu, pelakon, Puteri Sarah Liyana turut berkongsi rezeki kepada seorang pemandu ojek sebagai tanda solidariti atas tragedi rusuhan yang berlaku Indonesia, baru-baru ini.

    Sekadar info, Indonesia ketika ini sedang dilanda gelombang protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).

    Keadaan di sana menjadi semakin tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ sehinggakan mencetus kemarahan rakyat.

    Sumber: Threads Catriona Ross

    The post Catriona Ross Turut Serta Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Bagi Yang Tak Nak Bantu, Lebih Baik Diam’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah