32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cari Pasangan Yang Menegur Ke Arah Kebaikan, Bukan Jadikan Kita Kufur’ – Nora Danish

    Shopee Sale

    Hantaran di platform Threads milik pelakon, Nora Danish, mencuri perhatian apabila dia berkongsi nasihat mengenai kepentingan memilih sahabat dan pasangan hidup yang sentiasa membimbing diri ke arah kebaikan.

    Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’

    Pilih pasangan hidup

    Nora, 43, berkata hubungan yang dibina seharusnya memberi pengaruh positif dan membantu seseorang menjadi insan yang lebih baik, bukannya membawa kepada kelalaian atau menjauhkan diri daripada nilai keimanan.

    Carilah pasangan hidup dan sahabat yang saling menegur ke arah kebaikan, bukan yang sama-sama hanyut atau menjadikan kita semakin kufur.

    Belajarlah untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. Tidak salah untuk sentiasa berhusnuzon. Pandangan perlu diubah, iaitu cara kita melihat sesuatu perkara.

    Dalam pada itu, Nora memberitahu pesanan tersebut bukan sekadar ditujukan kepada umum, sebaliknya menjadi peringatan buat dirinya sendiri agar sentiasa menilai kehidupan dengan hati yang tenang.

    Pandanglah dengan mata hati, nescaya hati akan menjadi lebih tenang. Catatan untuk diri sendiri.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diluahkan aktres berkenaan, selain menyifatkan perkongsian itu sebagai peringatan berguna dalam menjalani kehidupan seharian.

    MENARIK:  [VIDEO] Pempengaruh Geram Dengan Wanita ‘Miang’, Hantaran Suami Dipenuhi Dengan Isteri Orang – ‘Tiada Maruah’

    Sumber: Threads

    The post ‘Cari Pasangan Yang Menegur Ke Arah Kebaikan, Bukan Jadikan Kita Kufur’ – Nora Danish first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah