Bersempena album kedua berjudul Divine yang baru dilancarkan, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan menghadiahkan konsert istimewa kepada peminatnya.
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Borong Mi Segera Perisa Kari
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!
Divine Concert – Cakra Khan

Bukan satu tetapi dua kejutan yang diberikan kepada peminat di Nusantara apabila penganjur berprolifik, Shiraz Projects mengumumkan akan membawa Divine Concert – Cakra Khan ke Malaysia sebelum diikuti dengan Singapura.
Penganjuran Divine Concert – Cakra Khan di Singapura dijadual berlangsung di The Star Theatre pada 18 Julai 2025 sementara tanggal di Malaysia adalah pada 2 Ogos 2025 di Plenary Hall Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim menyifatkan Divine Concert – Cakra Khan diadakan pada waktu yang tepat meski bukan pertama kali peminat menonton persembahan penyanyi ini.
Divine Concert – Cakra Khan akan menjadi sebuah konsert yang luar biasa dan magis.
Mengapa kami katakan demikian kerana selepas 11 tahun, Cakra Khan akhirnya muncul dengan album kedua iaitu Divine dan signifikan dengan kelahiran album tersebut pada tahun lalu.
Kami mahu menggunakan konotasi Divine yang membawa maksud lebih kurang ‘luar biasa’, ‘hebat’ dan ‘mega’ ini divisual dalam konsep konsert.
Divine Cakra Khan juga akan menjadi medan buat peminat kembali menikmati vokal uniknya yang bukan hanya melantunkan lagu-lagu dari album terkini tetapi mengimbau peminat kembali ke masa silam bersama tembang yang masih bersifat malar segar dari satu- satunya, Cakra Khan.
Permintaan tinggi

Mengulas mengenai penganjuran yang berlangsung di Singapura dan Malaysia, Shirazdeen memberitahu penganjuran mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat.
Oleh kerana permintaan peminat yang tinggi untuk melihat Cakra Khan beraksi secara solo dalam konsertnya maka kami bersetuju untuk mengadakan ia di dua negara dengan lokasi yang sememangnya mengujakan.
Buat peminat di Singapura sendiri boleh sertai Divine Concert – Cakra Khan di Kota Singa di The Star Theatre pada 18 Julai 2025. Cakra Khan kemudian akan bertemu peminat di Malaysia pada 2 Ogos 2025 di Plenary Hall Kuala Lumpur.
Jadi peminat, pilihan di tangan anda. Mahu hadir ke Malaysia atau Singapura atau di kedua-dua negara juga sangat dialu-alukan.
Sementara itu, Cakra Khan meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Divine Cakra Khan dan tidak sabar untuk menghiburkan pencintanya.
Apa yang pasti kalian akan menikmati Divine Concert – Cakra Khan seperti mana saya selalu menikmati apresiasi anda semua terhadap saya.
Buat peminat di Singapura, pembelian tiket boleh dilakukan menerusi http://www.sistic.com.sg sementara untuk penggemar Cakra Khan di Malaysia, jangan terlepas membeli tiket di http://www.myticket.asia.
The post Cakra Khan Takluk Malaysia & Sigapura, Hadiahkan ‘Divine Concert’ Buat Peminat first appeared on OHBULAN!.





