28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

    Shopee Sale

    Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Jalan Tu Lambat, Berlarilah..Semua Orang Nak Adik Bahagia’ – Azza Elite Titip Nasihat Buat Marissa Dania

    Luahan Maria Danisha Hakim

    Menerusi hantaran di TikTok, Maria Danisha memuat naik sekeping foto semasa dirinya ketika masih kecil.

    Meskipun tidak menyatakan dengan terperinci, namun coretan yang ditulis pada ruangan kapsyen foto tersebut seolah-olah menggambarkan keadaan dirinya ketika ini.

    Hati yang tenang menyimpan segala-galanya, takut menjadi beban.

    Terus mencuba berulang kali tanpa dilihat, menunggu seseorang untuk menyedari usaha itu. Apabila saat itu akhirnya tiba, perhatian diberikan kepada yang lain.

    Tiada kata-kata yang diucapkan, tiada keluhan yang dibuat, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan dan ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan diraikan.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih terhadap Maria Danisha selepas membaca luahan perasaan itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Tular Semula Temu Bual Yasin Bersama Melodi, Beri Pesan Jangan Segan Jumpa Pakar – ‘Psikiatri Bukan Untuk Orang Gila’

    Dalam masa yang sama, mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Maria Danisha dan mengucapkan tahniah atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima baru-baru ini.

    Terdahulu, kisah rumah tangga kakak kepada Maria Danisha iaitu Marissa Dania mendapat reaksi ramai selepas dia serta suami, Aslam hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebanyak dua kali.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah