34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Beri Aroma Dalam Masakan, Ini Manfaat Kesihatan Serai Yang Ramai Tidak Tahu

    Shopee Sale

    Serai adalah herba semula jadi yang bukan sahaja dapat menambahkan aroma dan rasa pada masakan, tetapi ia juga kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Khasiat Kismis Untuk Otak, Jantung & Tenaga Harian

    Artikel Berkaitan: Rupa-Rupanya Lelaki Pun Boleh Kena Kanser Payudara, Ini Tanda-Tanda Yang Sering Diabaikan

    Baik untuk kesihatan dalaman

    Tumbuhan herba ini mengandungi nutrien penting seperti antioksidan, vitamin serta sebatian antibakteria yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel, melawan jangkitan dan menyokong kesihatan dalaman.

    Dalam perubatan tradisional, serai sering diamalkan sebagai minuman herba kerana pelbagai khasiatnya, terutamanya apabila digabungkan dengan bahan semula jadi yang lain.

    Salah satu bahan yang sering dicampurkan adalah teh serai bersama halia, ianya memberi kesan bagi menghangatkan badan, melancarkan aliran darah serta menyokong mekanisme detoks tubuh secara semula jadi.

    Minuman ini sesuai diamalkan pada waktu pagi dan malam, khususnya ketika cuaca sejuk atau ketika badan berasa kurang bertenaga.

    Bagi mereka yang ingin mengawal berat badan, campuran serai bersama limau nipis dan madu menjadi pilihan ideal kerana dipercayai membantu pembakaran lemak, melancarkan sistem pencernaan serta merangsang kadar metabolisme.

    MENARIK:  ‘Selepas Kehilangan Bapa, Saya Malas Nak Sambut Raya’ – Muaz Mohamed Dah Tiga Tahun Tak Balik Kampung

    Pengambilannya sesuai pada waktu pagi sebelum makan, tetapi ia tidak digalakkan bagi individu yang mengalami gastrik kronik.

    Melegakan sakit sendi

    Selain itu, air rebusan serai yang digabungkan dengan daun pandan dan kayu manis juga sesuai dijadikan sebagai minuman penenang semula jadi.

    Kombinasi ini dapat mengurangkan tekanan, menenangkan fikiran dan menyokong kualiti tidur yang lebih lena.

    Seterusnya, serai juga mempunyai sifat anti-radang apabila ia digabungkan dengan kunyit dan cengkih, sekali gus membantu mengurangkan keradangan, melegakan sakit sendi serta menguatkan sistem imun tubuh.

    Ianya boleh diamalkan beberapa kali seminggu selepas waktu makan bagi mengelakkan ketidakselesaan pada perut.

    Di samping itu, gabungan serai bersama daun sirsak dan kayu manis turut berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dan menstabilkan tekanan darah.

    Minuman ini sesuai diamalkan secara berterusan pada waktu pagi dan petang, namun perlu dielakkan oleh wanita hamil serta individu yang mengalami tekanan darah rendah.

    Sumber: Facebook Putri Ananda

    The post Bukan Sekadar Beri Aroma Dalam Masakan, Ini Manfaat Kesihatan Serai Yang Ramai Tidak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah