Penyanyi Irene Catalina memilih untuk kembali aktif menyanyi selepas tahun menyepi dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: Selepas 15 Tahun Menyepi, Ahdan Salleh Kembali Jadi Penyanyi – ‘Tiga Hari Saya Siapkan Lagu Ini’
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani ‘Menyepi’ Dua Tahun Untuk Tebus Momen Indah Dengan Keluarga – ‘Saya Mula Menyanyi Usia Muda, 17 Sudah Tinggal Sendiri’
Bukan sebab merajuk

Menurut Irene, sepanjang tempoh ‘sepi’ itu dia lebih menumpukan perhatian kepada kerja di belakang tabir, termasuk dalam bidang pengurusan acara dan sebagai pengurus pemasaran.
Selain itu, Irene juga tidak meninggalkan dunia nyanyian sepenuhnya apabila masih menerima jemputan persembahan di pelbagai majlis korporat.
Tidaklah, saya tak merajuk dengan industri, cuma saya fokus pada kerja belakang tabir seperti pengurusan acara dan pengurus pemasaran.
Saya juga ada ambil tawaran menyanyi di majlis korporat untuk tambah pendapatan.
Ditanya sama ada dia terfikir untuk melakukan gimik bagi mengembalikan populariti, Irene mengakui perkara itu mungkin perlu dilakukan, memandangkan persaingan dalam industri kini semakin sengit dengan kemunculan generasi baharu yang lebih muda dan segar.
Kalau boleh memang nak elak buat gimik murahan tapi kalau perlu kenapa tidak?
Lagipun bukan mudah nak bersaing dengan generasi lebih muda daripada saya sekarang.
Jadi, jika perlu buat gimik, mungkin saya akan pertimbangkan.
Single ‘Mahu Apa Lagi’

Irene juga menyifatkan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebagai sumber inspirasi dan idola yang menjadi pembakar semangat untuknya terus kekal relevan dalam dunia nyanyian.
Dalam pada itu, Irene bakal melancarkan single ‘Mahu Apa Lagi’ pada hujung Oktober ini di semua platform digital.
Single terbaharu ‘Mahu Apa Lagi’ membawa mesej tentang keberanian untuk berdiri semula selepas jatuh dan tentang kekuatan seorang wanita untuk terus melangkah walau pernah diuji.
Dengan melodi rancak dan susunan muzik moden oleh Bendy Teoh, lagu ini dijangka menjadi permulaan kepada fasa baharu Irene dalam dunia seni suara.
The post ‘Bukan Merajuk, Kalau Perlu Saya Buat Gimik Murahan’ – Irene Catalina Kembali Selepas Lapan Tahun Menyepi first appeared on OHBULAN!.





