28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kmy Kmo Kongsi Maksud Di Sebalik Nama Pentas – ‘Ibu Saya Seorang Pesakit Kanser’

    Shopee Sale

    Komposer dan penyanyi rap, Kmy Kmo menjelaskan tentang makna nama pentasnya selepas ia menjadi persoalan dalam kalangan warganet baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlu’ Gabungkan Luca Sickta, Kmy Kmo & Yonnyboii

    Artikel berkaitan: Peminat Hip Hop Dakwa Lagu ‘Mambang’ Ditujukan Kepada Malique, Ini Cerita Sebenar Dari Altimet

    Penjelasan Kmy

    Menerusi hantaran di Threads, Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkata, nama Kimo dipilih diinspirasikan daripada kekuatan ibunya yang pernah menjalani rawatan kimoterapi akibat kanser.

    Kimi Kimo ( Kimi tu singkatan dari nama penuh saya dan “Kimo” tu datang dari satu pengalaman hidup yang dimana umi (ibu) saya seorang pesakit kanser tahap 2-3 ( survived ) yang melalui proses “kimoterapi ( chemotherapy ).

    Menurut pelantun lagu 7 Nasihat itu, semangat dan ketabahan ibu menjadi dorongan untuknya.

    Selepas saya tengok kekuatan umi saya lalui proses pancaran radioaktif, ini buatkan saya ingin letak nama Kimo sebagai nama pena yang kedua. 

    Semoga saya sentiasa dapat bawa dan rasa kekuatan ibu saya yang sentiasa ada dengan saya.

    Netizen kagum

    View this post on Instagram

    A post shared by Kmy Kmo (@kmy__kmo)

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap Kmy kerana menjadikan ibu sebagai sumber kekuatan.

    Salute, awak dan ibu kuat sangat hadapi cabaran ini. 

    Maksud yang sangat mendalam.

    Hebatnya! Semoga ibu awak sihat selalu.

    Sumber: Threads Kmy Kmo

    MENARIK:  Anak Tiri Didakwa Luah Rasa Benci, Nora Ariffin Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

    The post Kmy Kmo Kongsi Maksud Di Sebalik Nama Pentas – ‘Ibu Saya Seorang Pesakit Kanser’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah