
Enggan berjauhan dengan suami yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan faktor bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya memilih melangsungkan perkahwinan pada usia muda.
Tak bekerja sebab nak sambung belajar

Menurut pelakon Rozie Othman, suami Syasya mahu cucunya mengikutnya ke luar negara atau terpaksa melupakan hubungan mereka jika tidak berkahwin.
Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.
Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal.
Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah.
Rozie turut memberitahu kepada media bahawa suami Syasya tidak bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi. Sebagai nenek, Rozie mengakui dia pernah memberi nasihat kepada cucunya itu agar pandai menjadi diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi. Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti. Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami.
Terdahulu, Syasya secara rasmi telah mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla atas sebab peribadi. Tidak lama selepas itu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.





