Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir tidak melatah apabila segelintir netizen mempersoalkan kewarganegaraan anaknya, Assara Adama Camara.
Artikel Berkaitan: Fila Amir Dedah Sumber Pendapatan Sebenar Adama – ‘Jual Madu tu Side Income Saja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila & Adama Beli Rumah Pertama, Tak Suka Isteri Dipandang Rendah – ‘Dia Komited & Ketepikan Diri Sendiri Demi Saya’
Warganegara anak

Menerusi perkongsian di Instagram, Fila memuat naik komen yang mempersoalkan kewarganegaraan anaknya.
Dengan tenang, Fila membalas komen buruk itu dengan menyifatkan individu berkenaan sebagai penyibuk dalam urusan rumah tangga orang lain.
‘Boleh tengok surat beranak tak? Sebab saya nak tengok dia warganegara atau tidak’.
Itu dia, punyalah level menyibuk. Orang lelaki kalau kepoh memang lain macam.
Terdahulu, Fila dan suaminya, Adama sering mendapat kecaman tentang kehidupan mereka.
Sebelum dikurniakan cahaya mata, ramai yang mempersoalkan tentang perkahwinan campur itu sehingga menimbulkan spekulasi yang tidak baik.
Sekadar info, Fila dan suaminya selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Sumber: Instagram
The post ‘Boleh Tengok Surat Beranak?’ – Netizen Persoal Warganegara Anak, Fila Amir Tenang Beri Jawapan first appeared on OHBULAN!.





