Penyanyi, Black Hanifah tampil menjelaskan sebab sebenar mengapa sidang media konsertnya hanya diadakan pada saat akhir meskipun acara tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini.
Artikel Berkaitan: Black Hanifah ‘Hadiahkan’ Konsert Ekslusif ‘Nyawa’ Khas Buat 600 Peminat Sempena 17 Tahun Dalam Industri
Black kena ‘scam’

Dakwa Black atau nama lengkapnya Hanifah Muhammad Hanafiah, dia telah ditipu seorang individu yang melarikan diri daripada tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkaitan promosi konsertnya yang diberi nama ‘Nyawa By Black Hanifah’.
Tambah Black, usahanya dan pihak penganjur untuk menghubungi individu tersebut juga gagal selepas tiada sebarang jawapan diberikan.
Bukanlah terpaksa buat sidang media ini di saat akhir tetapi kami ini sudah ‘terkena’.
Sepatutnya ada seorang hamba Allah ini bekerja dengan kita yang menguruskan hal promosi tetapi bila saya hubungi dia, tak dapat.
Maksudnya kami semua dah kena ‘scam’ dengan dia dan perkara itu membuatkan saya terkejut.
Dah cuba cari tapi tak jumpa, jadi kami tetap usaha untuk cari jalan penyelesaian sendiri.
Black berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media konsert tersebut yang diadakan di Grand Premier Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 10 Julai lalu.
Tambah Black, kejadian ini juga membuatkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi turut berang dan menganggap dirinya seakan sambil lewa dengan apa yang telah berlaku.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Teman Pengganti’ ini merancang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa pihaknya berdepan dengan kerugian besar.
Bila melibatkan hal kerja, isteri saya memang serius orangnya sampaikan saya pun kena marah kerana dianggap buat kerja sambil lewa.
Kerugian itu memang ada dan saya bercadang nak ambil tindakan undang-undang namun, kami tunda dahulu niat itu kerana nak beri tumpuan kepada konsert.
Konsert Nyawa Black

Sekadar info, Black bakal menggegarkan pentas dan menemui peminatnya menerusi konsert ‘Exclusive Night Nyawa Black Hanifah’ bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC) bermula jam 7 malam pada 26 Julai ini.
Menurut Black, tujuan konsert ini dianjurkan sebagai satu tanda penghargaan buat peminat bersempena ulang tahun ke-17 berada dalam industri.
Meskipun hanya membuka kepada 600 peminat, penjualan tiket sangat menggalakkan dengan 70 peratus daripadanya sudah terjual.
The post Black Hanifah Dakwa Ditipu Sebelum Konsert, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang first appeared on OHBULAN!.





