28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Black Friday Lagi Best Dengan SPayLater! Belanja In-Store & Nikmati Baucar Sehingga RM200

    Shopee Sale

    Kredit: Freepik

    Black Friday datang setahun sekali je, dan kali ini SPayLater menawarkan lebih banyak cara untuk berjimat. Korang boleh nikmati baucar sehingga RM200, potongan harga istimewa serta pulangan tunai apabila berbelanja di kedai fizikal.

    Dengan kemudahan SPayLater, perbelanjaan hujung tahun jadi lebih mudah diurus. Korang boleh buat pembayaran secara ansuran sehingga 12 bulan, termasuk pilihan bayar bulan depan tanpa caj, sesuai untuk apa jua pembelian, daripada pakaian, barangan kecantikan hinggalah gajet terbaru.

    Baucar RM200 untuk kickstart Black Friday korang

    Nak jimat lebih? Mulakan dengan claim baucar SPayLater dalam ShopeePay atau aplikasi Shopee untuk dapatkan sehingga RM200 OFF bila korang shopping di mana-mana kedai yang menerima DuitNow QR.

    Ikuti langkah ini untuk jimat lebih banyak:

    1. Claim baucar dalam ShopeePay di bahagian ‘Free Voucher’ bermula 19 November 2025
    2. Belanja & tebus baucar in-store dari 22–30 November 2025 di mana-mana kedai yang menerima DuitNow QR
    3. Bayar dengan SPayLater & apply baucar semasa checkout

    Baucar ni terhad tau, jadi kalau lambat memang melepas!

    Potongan sehingga RM150 di lebih 30 kedai fesyen, kecantikan & teknologi

    Kalau korang dah rancang nak tambah koleksi pakaian, restock skincare atau beli gajet baru, SPayLater menawarkan potongan tambahan sehingga RM150 di lebih 30 jenama popular.

    Antara jenama yang mengambil bahagian:

    Kecantikan: Innisfree, Laneige, Lush, The Body Shop, Kiehl’s, Sulwhasoo & lain-lain
    Fesyen: Padini, Bata
    Elektronik: iPhone Cashback (Switch, Urban Republic, Machines, Senheng, ITworld & TMT), Vivo, Sony

    MENARIK:  ‘Selalu Buat Video Sorang Je, Janda Ke?’ – Status Diri Dipersoal, Reaksi Mayah Pani Puri Jawab Soalan Panas Raih Perhatian

    Cara Tuntut Diskaun Tambahan:
    Tuntut sahaja baucar potongan tambahan ketika membuat pembayaran menggunakan SPayLater di kedai.

    Pulangan tunai 3% untuk barangan harian

    Bukan setakat barangan mewah, keperluan harian pun dapat ganjaran. Korang boleh nikmati 3% pulangan tunai tanpa had perbelanjaan apabila membayar dengan SPayLater.

    Antara kedai yang terlibat adalah Petron, BHP, Caltex, Mydin, AEON Big, MR DIY, SOGO, Giant, NSK, Lotus, Heromart, Cold Storage, Econsave dan banyak lagi.

    Pertama kali guna SPayLater di kedai? Ada RM20 untuk korang

    Untuk pengguna baru SPayLater di kedai fizikal, korang berpeluang untuk nikmati baucar bernilai RM20 sebagai ganjaran.

    Scan sahaja DuitNow QR di kaunter, pilih SPayLater, dan masukkan baucar ketika membuat bayaran.

    Nak aktifkan SPayLater pun mudah sangat, ikuti langkah di bawah:

    1. Muat turun aplikasi ShopeePay & pergi ke bahagian ‘SPayLater’
    2. Tekan ‘Aktifkan Sekarang’ dan lengkapkan proses pengesahan
    3. Selesai — korang dah boleh mula berbelanja dengan SPayLater!

    Jadi, apa tunggu lagi? Jom muat turun ShopeePay di Google Play Store atau Apple App Store dan bersedia untuk Black Friday paling berbaloi tahun ini!

    The post Black Friday Lagi Best Dengan SPayLater! Belanja In-Store & Nikmati Baucar Sehingga RM200 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah