29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kempen emel PM: Keluarga Beng Hock tuntut janji Anwar dua tahun lalu

    Shopee Sale

    Tujuh belas tahun selepas kematian tragis bekas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock, usaha menuntut keadilan masih berterusan.

    Persatuan Teoh Beng Hock bagi Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) kini melancarkan

    Persatuan Teoh Beng Hock bagi Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) kini melancarkan kempen "emel Anwar”, mengajak orang ramai menulis terus kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendesaknya menunaikan janji, menjelaskan cara kerajaan menyiasat kematian Teoh dan sebab tiada sesiapa setakat ini dipertanggungjawabkan secara jenayah.

    Persatuan itu berkata selepas pertemuan dengan keluarga Teoh pada Ogos 2024, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju supaya polis membuka semula siasatan terhadap kematiannya.

    Bagaimanapun, pada Mei 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan siasatan itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas alasan bukti tidak mencukupi.

    “Janji Anwar kepada keluarga Teoh disertakan tempoh masa yang jelas dan tempoh dua tahun itu kini sudah berlalu.

    “Dia mesti memberikan penjelasan secara terbuka dan jujur kepada keluarga serta rakyat Malaysia mengenai hasil siasatan itu. Janji ini tidak boleh dibiarkan menjadi satu lagi janji kosong,” kata Pengerusi TBH-ADA Koong Hui Yein dalam kenyataan.

    Menurut TBH-ADA, kempen e-mel itu bertujuan mendesak Anwar mengambil tindakan berikut:

    • Memberikan penjelasan yang dijanjikan kepada keluarga Teoh.

    • Memberikan taklimat rasmi dan menyeluruh kepada keluarga Teoh mengenai hasil serta status terkini siasatan yang dimulakan susulan komitmen dibuat pada Ogos 2024.

    • Memberikan penjelasan secara terbuka mengenai siasatan itu.

    • Menjelaskan dengan terang kepada orang ramai perkara yang disiasat pihak berkuasa, kesimpulan dicapai dan sebab tiada pendakwaan dibuat setakat ini.

    • Memastikan siasatan jenayah tulen dijalankan.

    • Mengarahkan polis membuka semula siasatan terhadap kematian Teoh mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pembunuhan, homisid salah atau kesalahan jenayah lain yang bersesuaian. Siasatan itu mesti menangani dengan sewajarnya dapatan Mahkamah Rayuan.


    Orang ramai boleh mengunjungi laman web kempen dengan klik pautan berikut:

    MENARIK:  Rogol wanita hamil: Rayuan ditolak, buruh dipenjara 9 tahun

    Halaman kempen bahasa Melayu

    Halaman kempen bahasa Cina

    Halaman kempen bahasa Inggeris


    Pada 2009, Teoh — ketika itu pembantu kepada anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah — ditemukan mati selepas disoal siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang ketika itu beroperasi di Plaza Masalam, Shah Alam.

    Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2011 merumuskan dia terdorong untuk membunuh diri akibat soal siasat agresif.

    Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan kematiannya disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan menyalahi undang-undang, termasuk perbuatan pegawai SPRM.

    Pada 21 Nov 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis melengkapkan siasatan terhadap kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.

    Pada Mei lalu, keluarganya memfailkan semakan kehakiman bagi memaksa pihak berkuasa menyiasat kematian Teoh sebagai kes bunuh, dengan mencabar tindakan polis dalam siasatannya dengan menggunakan kesalahan lebih ringan yang disifatkan mereka sebagai “tidak tepat.”

    Tindakan itu dibuat selepas polis mengesahkan pada Januari lalu bahawa siasatan terdahulu terhadap kematian Beng Hock dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung seseorang secara salah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah