26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Habis Duit Dekat Perempuan, Inilah Jadinya’ – Muntazar Ghufran

    Shopee Sale

    Pelakon, Muntazar Ghufran menafikan dakwaan bekas tunangnya, Saidah Kamarudin yang mengatakan dirinya menghidap penyakit bipolar dan terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin

    Muntazar tak hidap bipolar

    Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Muntazar memaklumkan dia juga sudah melakukan pemeriksaan kesihatan bersama doktor untuk mengesahkan perkara tersebut.

    Saya tak ada penyakit bipolar ke apa dan saya dah berjumpa dengan doktor dah pun.

    Dan dia kata saya kacip? Korang temu bual saya ini nampak ke saya kacip?

    Janganlah membuat spekulasi sebegitu dan kenalah dengar dua-dua belah pihak.

    Dalam masa sama, Muntazar turut menafikan dirinya telah menggodam akaun TikTok milik Saidah seperti mana yang telah didakwa bekas tunangnya itu.

    Kalau betul saya godam akaun TikTok dia, dah lama saya buat akaun dia jadi kosong balik.

    Dia naik (popular) pun disebabkan siapa? Disebabkan saya juga.

    Kenapa tiba-tiba nak kacau hidup saya sedangkan saya tak kacau hidup orang.

    Duit habis sebab Saidah?

    Bercerita lanjut, adik kepada pelakon Firdaus Ghufran ini turut mengakui bahawa dirinya kini kehabisan wang kerana telah dibelanjakan sepanjang menjalinkan hubungan dengan Saidah.

    Saya nak pesan janganlah menuding jari pada saya dan cakap semuanya salah saya.

    Segala usaha saya untuk dia mahal. Saya hantar dia ke sana, ke sini tapi tak minta pun dia duit.

    Saya habis duit sebab dialah. Tapi saya bersyukur dia minta putus dan berharap jodoh saya di masa akan datang bukan begini.

    Kita kena jaga maruah diri dan adakah bila dah kahwin nanti dia nak buka aib suami dia macam itu?

    Tapi itulah, bila dah banyak sangat habis duit dekat perempuan, inilah jadinya.

    Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok Miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Auddra Simpati Lihat Marsya Qistina Jadi Mangsa Buli Siber – ‘Dia Tak Layak Kena Kecam Begitu’ 

    Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

    Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.

    Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.

    Sumber: Melodi TV3

    The post ‘Bila Habis Duit Dekat Perempuan, Inilah Jadinya’ – Muntazar Ghufran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah