
Usahawan dan selebriti media sosial, Tya Arifin mencuri perhatian apabila berkongsi kata-kata nasihat menerusi hantaran di TikToknya.
Titip kata nasihat
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dibuat, Tya yang memuat naik foto dirinya mengenakan baju berona putih bersama selendang berwarna sama berpesan supaya untuk seseorang itu belajar untuk menjaga hati diri sendiri berbanding menjaga hati orang lain.
Ujarnya, kesempurnaan itu bukanlah kepunyaan manusia sebaliknya milik Allah SWT.
Sebelum sibuk menjaga hati orang lain, belajarlah terlebih dulu menjaga hati sendiri.
Sebelum menuntut dunia untuk memahami, belajarlah memahami makna ikhlas dan bersabar kerana kesempurnaan hanyalah milik-Nya.
Yang terpenting adalah bagaimana kita terus belajar menilai diri sendiri, merenungi kekurangan, dan memperbaiki dari hari ke hari. Dalam diam, dalam doa.
Dalam pada itu, menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berpesan agar sentiasa bersangka baik dengan ujian yang mendatang.
Berkata baik, bersangka baik meski hati lelah dan dunia tak selalu ramah.
Kerana setiap kebaikan yang kau tanam, pasti akan kembali padamu dengan cara-Nya.
Terdahulu, perkongsian Tya telah mengundang rasa kecewa peminat terhadapnya yang dilihat memuat naik foto mengenakan tudung namun menampakkan rambut.





