33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Bengang Kejayaan Anak Sulung Dikaitkan Dengan ‘Legenda JDT’ – ‘Apa Kaitan Dengan Anak Aku Jaga?’

    Shopee Sale



    Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang dengan tajuk yang digunakan oleh sebuah portal berhubung kejayaan anak sulungnya memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.

    ‘Apa kaitan dengan anak aku jaga?’

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, mempersoalkan mengapa portal tersebut mengaitkan kejayaan Airit Rayyan Rizqin, 15, dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.

    Aku penat bela dari kecil, tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT’. Kepala atok hang!

    Saja nak viral cara jahat.

    Bukan itu sahaja, Rita turut mempersoalkan siapakah ‘legenda JDT’ yang dimaksudkan portal berkenaan.

    Siapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak aku jaga?

    Legenda celah mana?

    Terdahulu, anak sulung Rita menerima pujian ramai selepas memecahkan rekod dalam acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024 iaitu bagi kategori 100 meter (m) dan larian 200 meter (m).

    MENARIK:  Video: Imran Bard Menyatakan "Sekolah Buang Masa" Bagi Mereka yang Kaya

    Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Rita dan Aidil kemudian sah bercerai pada September 2013.

    Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah