29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berani Keluar Zon Selesa, Bobby Hussaini Pertaruh ‘Libang Libu’ Untuk Buktikan Kemampuan Diri

    Shopee Sale

    Selepas lebih dua dekad mengukir nama dalam dunia pengiklanan, Bobby Hussaini tampil dengan cabaran baharu apabila mengarahkan filem sulungnya berjudul Libang Libu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum Tidur Saya Sapu Minyak Kelapa Ke Seluruh Wajah’ – Nabila Huda Kongsi Rutin Penjagaan Kulit

    Keluar zon selesa

    Menurut Bobby, peralihan ke dunia perfileman bukanlah satu keputusan mengejut, sebaliknya sudah lama menjadi impian yang ingin direalisasikan.

    Saya bermula sebagai penulis iklan (copywriter), dan selepas lebih 20 tahun, saya rasa ini masa yang tepat untuk mencabar diri ke tahap berbeza. Ramai pengarah iklan memasang impian untuk mengarah filem, dan saya juga tidak terkecuali.

    Dalam masa sama, Bobby berkata langkah tersebut bukan bermakna dia meninggalkan bidang pengiklanan. Sebaliknya, merupakan usaha memperluaskan horizon kreatif serta menambah nilai dalam portfolio seninya.

    Kemunculan saya dalam filem adalah permulaan kepada sesuatu yang baharu. Saya masih akan terus mengarah iklan, dan pada masa sama merealisasikan impian dalam perfileman.

    Berkongsi mengenai Libang Libu yang dikatakan gaya penceritaan seakan menyamai sentuhan karya Allahyarham Mamat Khalid, Bobby melihat itu sebagai satu penghormatan tanpa menjejaskan identiti tersendiri yang dibawanya.

    Arwah adalah idola saya, tetapi itu bukan bermakna filem ini akan dibayangi karya beliau. Mungkin kerana lokasi penggambaran di Perak dan inspirasi daripada kehidupan masyarakat di sana, namun Libang Libu bukan sekadar komedi, ia mengangkat pelbagai kisah yang dekat dengan kita.

    Barisan pelakon hebat

    Selain jalan cerita yang segar, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Ameerul Affendi, Beto Kusyairi dan Nabila Huda dan ramai lagi.

    MENARIK:  Video: Aliff Syukri Membidas Amy Ukays Kerana Cemburu dengan Kerenah Komposer yang Ingin Bekerjasama

    Jelas Bobby, pemilihan pelakon memainkan peranan penting bagi memastikan setiap watak dapat menyampaikan mesej dengan berkesan, lebih-lebih lagi apabila ada yang menganggap filem ini sekadar komedi ringan.

    Bagi saya, setiap watak dalam filem ini penting. Walaupun nampak seperti komedi, sebenarnya banyak isu masyarakat yang cuba diketengahkan.

    Cabaran utama bukan pada lakonan, tetapi pada penggunaan dialek Perak. Namun saya sudah berpesan kepada pelakon supaya tidak terlalu tertekan, kerana kita mahu penonton mudah memahami dialog yang disampaikan.

    Dengan gabungan elemen emosi, komedi dan realiti kehidupan masyarakat, Libang Libu yang bakal menerjah pawagam pada 23 April ini dijangka menjadi naskhah berbeza yang membawa identiti tersendiri dalam industri perfileman tempatan.

    The post Berani Keluar Zon Selesa, Bobby Hussaini Pertaruh ‘Libang Libu’ Untuk Buktikan Kemampuan Diri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah