Pertikaian antara dua sahabat bertukar tragedi apabila teguran tentang suara nyanyian mencetuskan pergaduhan yang akhirnya meragut nyawa.
Berang ditegur suara tak sedap

Menurut laporan, kedua-duanya lelaki dari Indonesia iaitu Bobby Rahman Pohan dan Erik Pohan Dabuke minum tuak (arak) sambil bernyanyi sebelum berlakunya perselisihan.
Bobby mendakwa mangsa menegur suaranya tidak merdu didengar dan perkara itu membuatkan dia berasa malu dan tercabar.
Nyanyi-nyanyi lah kami. Kerana tak boleh nyanyi, dimarahinya aku. ‘Jangan kaulah, buat malu.’
Teguran itu membuatkan Bobby yang sedang mabuk naik berang. Dia kemudian bertindak memanjat titi gantung, memecahkan lampu dan mencabar mangsa untuk bertarung.
Mangsa menyahut cabaran sambil memegang batu. Pergaduhan tercetus sehingga Bobby menikam leher Erik menggunakan serpihan kaca.
Emosi aku, menyesal aku. Kami sudah berteman enam tahun. Tidak ada niat aku membunuh dia.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Medan Timur, Kompol Agus M. Butarbutar, berkata suspek kini disiasat di bawah Pasal 338 Jo 351 ayat (3) KUHP.
Kami akan proses secara profesional. Tinggal tunggu hasil bedah siasat sebelum berkas dihantar ke peringkat seterusnya.
Bobby sebelum ini ditahan di kediamannya di Belawan Bahagia selepas polis menerima laporan mengenai kejadian di Jambatan Titi Gantung, Jalan Stasiun Kereta Api Medan, pada malam 16 November 2025.
Sumber: Netralnews
The post Berang Ditegur Nyanyian Tak Merdu, Lelaki Tik*m Leher Kawan – ‘Tak Ada Niat, Aku Menyesal’ first appeared on OHBULAN!.





