Gara-gara dihina, seorang lelaki nekad menembak jirannya sendiri sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.
Artikel Berkaitan: ‘Baba Akan Jumpa Baby Dulu Di Alam Sana’ – Isteri Mangsa Maut Jatuh Jambatan Pulau Pinang Cerita Arwah Suami Banyak Tunjuk Petanda
Artikel Berkaitan: Wanita Ditemui Mati Berikat & Tanpa Pakaian Di Tepi Jalan
Tular di media sosial

Memetik laporan Tribunnews, suspek didakwa menembak mangsa, Supriyanto, 47, menggunakan senapang angin di bahagian dada kiri.
Difahamkan, insiden itu berlaku pada 23 November lalu apabila suspek, Hairul Faturi, 30, diejek sebagai ‘orang gila’ ketika melintas di hadapan rumah mangsa.
Bagaimanapun, ketika itu suspek tidak memberi sebarang reaksi. Suspek kemudian pulang ke rumah dan mengambil minuman keras sebelum akhirnya dia tertidur. Kemudian dia terjaga dan teringat kata-kata mangsa yang menghina dirinya.
Menurut pihak polis, suspek yang melihat mangsa berdiri di sekitar kawasan rumahnya bertindak menembak bahu kiri mangsa.
Mangsa ditembak pada jarak kira-kira empat meter daripada suspek.
Suspek kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Tribunnews
The post Berang Dihina ‘Orang Gila’, Lelaki Nekad Temb*k Jiran Guna Senapang Angin first appeared on OHBULAN!.





