27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Wanita Susah Tiada Jantan Datang Tolong’ – Zarina Anjoulie Sokong Wanita Gaji RM8k ‘Reject’ Lelaki Gaji RM2k

    Shopee Sale

    Pelakon, Zarina Anjoulie mencuri perhatian apabila memberikan jawapan ‘pedas’ berhubung isu perbezaan gaji dalam hubungan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Individu Narsistik Pandai Manipulasi Emosi, Luar Nampak Baik Tapi Di Belakang Lain’ – Zarina Anjoulie

    Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Tengah Tak Berduit, Selalunya Akan Sayang Perempuan Yang Beri Kesenangan’ – Zarina Anjoulie

    Tak salah

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Zarina menegaskan tindakan untuk menolak lelaki yang bergaji kecil kerana gaji wanita lebih besar adalah tidak salah.

    Malah, dia menyifatkan wanita berhak memilih demi masa depan yang lebih stabil.

    Tak salah. Saya dua kali kahwin dan dua kali kena perkara yang sama. Mereka akan brain wash otak konon-kononnya susah senang sama-sama.

    Kalau awak susah sorang-sorang, tiada jantan pun nak datang tolong tanggung awak (dan kalau minta selalunya akan terus cop kita gold digger).

    Jadi kenapa kita perempuan kena susah dengan lelaki?

    Dalam pada itu, Zarina menasihatkan kaum wanita supaya tidak berasa bersalah untuk menolak lelaki yang tidak setaraf dari segi usaha mencari rezeki. 

    MENARIK:  RIM Perjelas Isu ‘Old Love’ Gagal Menang Lagu Paling Tinggi Distrim AIM 24

    Kata Zarina, jika wanita boleh bekerja keras, lelaki juga perlu melakukan perkara yang sama.

    Tambahnya lagi, jika seseorang lelaki itu benar-benar rajin, dia akan berusaha menambah pendapatan tanpa memberi alasan.

    Beritahu dia supaya datang balik bila dia dah berpendapatan lebih tinggi. Awak boleh buat, jadi dia pun boleh.

    Tak kisahlah buat kerja grab lebih masa atau jual baju bundle ke.

    Tak malu nak cari rezeki lebih janji rajin.

    Sumber: Threads

    The post ‘Bila Wanita Susah Tiada Jantan Datang Tolong’ – Zarina Anjoulie Sokong Wanita Gaji RM8k ‘Reject’ Lelaki Gaji RM2k first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah