27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laporan: Jho Low mohon pengampunan Trump

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa.

    Permohonan tersebut difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut laporan WSJ yang memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

    Laporan itu berkata jika ia diluluskan ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap dalang skandal 1MDB itu .

    WSJ menyebut laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan tertunggak bagi “Pengampunan selepas Tamat Hukuman” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

    Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih dipetik WSJ berkata permohonan Low itu ketika ini belum berada dalam perhatian pihak Rumah Putih.

    Awal bulan ini, Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin mengkritik keras Kementerian Dalam Negeri kerana gagal memberikan jawapan yang jelas mengenai status Notis Merah Interpol Malaysia terhadap Jho Low, sama ada notis untuk menangkap ahli perniagaan itu masih aktif atau tidak.

    MENARIK:  Kerajaan komited dedah dapatan siasatan isu saham Azam

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Julai tahun lalu berkata pihak polis setakat ini tidak memperoleh bukti sahih mengenai keberadaan Jho Low.

    Katanya, KDN melalui polis sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk menyiasat keberadaan Jho Low.

    Media antarabangsa pada 2025 juga melaporkan Jho Low dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.

    Wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Constantinos Achilles Veis untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah