Penyanyi Azmi Saat berkongsi bagaimana golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: Azmi Saat Dedah Anak Alami ‘Speech Delay’, Mula Jalani Intervensi Awal – ‘Dia Baru Nak Meniru Pergerakan’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Golongan OKU Tak Minta Dilayan Seperti Raja, Cuma Harapkan Layanan Sepatutnya’ – Azmi Saat
Azmi Saat tunjuk cara guna media sosial
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, menjelaskan bahawa ramai masih tidak mengetahui cara individu cacat penglihatan membaca dan membalas mesej di telefon pintar.
Menurut Azmi, teknologi aksesibiliti yang tersedia pada telefon pintar banyak membantu mereka menggunakan media sosial serta membaca setiap komen yang diterima.
Ramai tanya macam mana saya menaip. Ada juga yang tertanya-tanya saya boleh baca ke setiap komen. Ramai rupanya masih tak tahu.
Sebenarnya kami menggunakan aksesibiliti yang ada di telefon pintar. Masuk di settings, on kan voice over nanti setiap tulisan akan dibacakan. Apa saja yang korang tulis, komen, berapa yang like semua saya boleh tahu.
Dalam masa sama, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu turut mendedahkan aplikasi Threads kurang mesra pengguna bagi individu OKU penglihatan kerana terdapat beberapa fungsi yang sukar diakses menggunakan voice over.
Punyalah dahsyat Threads tak mesra orang buta bila saya nak balas komen orang, sampai tak jumpa butang untuk post komen.
Voice over tak boleh baca butangnya, jadi saya lebih aktif di Facebook berbanding media sosial lain.
Di akhir perkongsian, Azmi berharap video tersebut dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kehidupan golongan OKU penglihatan serta teknologi yang digunakan mereka setiap hari.
Sumber: Instagram Azmi Saat
The post Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Telefon Pintar & Baca Komen Media Sosial – ‘Apa Korang Tulis, Like Semua Saya Tahu’ first appeared on OHBULAN!.





