Pelakon Siti Elizad menegaskan sikap menepati masa sangat penting sepanjang berada di set penggambaran demi memastikan perjalanan produksi berjalan lancar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Boleh Terima Tak Ada Anak, Ubat Terbaik Dengan Berkasih Sayang’– Siti Elizad
Artikel Berkaitan: Siti Elizad Terkilan Suami Dikutuk, Dedah Rumah Tangga Bahagia Cara Sendiri – ‘Hidup Kami Tak Berlumba Dengan Orang Lain’
Elizad jaga disiplin masa di set

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Elizad Mohd Sharifuddin berkata dia seorang yang sangat menitikberatkan soal disiplin masa kerana menghormati pengarah serta kru produksi yang sudah menyusun jadual penggambaran lebih awal.
Menurut Elizad, dia masih boleh bertolak ansur sekiranya kelewatan itu tidak terlalu melampau, namun akan memilih untuk mengundurkan diri seketika sekiranya emosinya mula terganggu.
Kalau macam saya, saya boleh bagi masa, saya menghormati pengarah dan krew sebab dia orang dah tetapkan. Tapi andai kata dah terlalu lama, saya tak boleh tunggu, saya kena bergerak.
Sebab mood saya dah jadi swing, saya takut emosi dalam watak tu tak sampai terutama bila ada banyak babak menangis dalam sehari. Jadi saya kena bertenang dulu.
Elizad berkata demikian ketika ditemui di tayangan episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon drama Bila Cinta Menjadi Dosa itu memilih untuk tidak menegur secara terus sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pengarah kerana enggan mencetuskan perselisihan faham di set penggambaran.
Daripada saya bergaduh dekat set, lebih baik saya minta diri dulu dan bagi mereka tukar babak lain.
Saya tak akan langkah pengarah walaupun pengarah muda. Saya kena hormat dia sebab dia yang mengemudi perjalanan sesebuah produksi.
Kalau pengarah yang tegur, orang tu tak ada masalah dengan saya walaupun sebenarnya saya yang mengadu.
Elizad turut mengakui dia banyak belajar mengenai disiplin daripada pelakon senior seperti Fauziah Nawi, Rosyam Nor dan Ogy Ahmad Daud yang sangat menitikberatkan soal ketepatan masa ketika berada di set penggambaran.
The post Siti Elizad Utamakan Disiplin Masa Di Set, Banyak Belajar Daripada Pelakon Senior – ‘Saya Hormat Krew & Pengarah’ first appeared on OHBULAN!.





