Public Health Malaysia baru-baru ini berkongsi panduan tentang penampilan yang seharusnya dipraktikkan oleh pengendali makanan supaya menjaga aspek kebersihan.
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Kongsi Individu Berisiko ‘Microsleep’ – ‘Cukupkan Tidur Jangan Paksa Diri’
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Kongsi Kalori & Gula Top 5 Makanan Viral – ‘Tak Hairan Angka Obesiti Makin Naik’
Panduan kebersihan pengendali makanan

Menerusi perkongsian di Threads, Public Health Malaysia menjelaskan perkara yang dianggap kecil seperti rambut tidak diikat, kuku panjang, pemakaian barang kemas dan ketiadaan apron sebenarnya boleh menjadi punca pencemaran makanan.
Menurut kenyataan tersebut, semua pengendali makanan perlu mematuhi garis panduan kebersihan yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Rambut mengurai, kuku panjang, barang kemas, apron tak ada… semua itu mungkin nampak remeh.
But in food handling, benda yang nampak ‘kecil’ inilah yang boleh mencemarkan makanan.
And yes, benda macam ini boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
So kalau anda kendalikan makanan, please dress properly.
Berikutan itu, Public Health Malaysia menasihati orang ramai khususnya pengendali makanan supaya sentiasa memakai pakaian yang sesuai serta menjaga aspek kebersihan ketika menyediakan makanan.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa aspek kebersihan dalam pengendalian makanan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan kesihatan pengguna.
Sumber: Threads Public Health Malaysia
The post Rambut Mengurai, Kuku Panjang & Tiada Apron Antara Kesalahan Pengendali Makanan first appeared on OHBULAN!.





