Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak kurang senang melihat sikap segelintir individu yang sering meminta bantuan sumbangan namun tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Jenaka Amir Raja Lawak Biasa-Biasa, Tapi Aku Respect..Tak Pernah Dengar Dia Mengemis’
Artikel Berkaitan: Ayah Sudah Meninggal Dunia, Amir Raja Lawak Sedih Bayaran Tertunggak Masih Belum Terima
Luahan Amir
Menerusi perkongsian di Facebook, pemilik nama Mohammad Amirullah Azmi, 37, itu berkata, dia mengusahakan pelbagai pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan dan antaranya dengan menjual barangan kitar semula.
Dalam hantaran yang sama, Amir menegur segelintir individu yang hanya bergantung kepada pemberian orang lain tanpa berikhtiar mencari wang tambahan.
Cari duit tepi, jual barang dekat besi buruk Alhamdulillah dapat RM18.
Yang selalu masuk mesej minta sumbangan nak beli susu anak, suami tidak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu, tak cuba ke kutip tin, kotak, cari besi untuk jual?
Jalan kaki pun boleh atau bawa kereta sorong.
Tambah Amir lagi, setiap individu seharusnya mencuba untuk mencari rezeki dan menghindarkan diri dari sikap meminta-minta.
Takkan lah malu cari rezeki cara macam ini, tapi tak segan mesej orang lain minta sumbangan nak beli susu anak sebab suami tidak boleh kerja alasan motor rosak.
Ya, betul struggle kita tak sama, tapi selagi ada daya, tak salahkan berusaha? Saya yang orang kenal ini pun berniaga air tepi jalan juga.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan dan pandangan yang diberikan oleh Amir.
Untuk info, setakat ini hantaran tersebut telah menerima sebanyak 11,000 tanda suka daripada warganet di platform tersebut.
Sumber: Facebook Amir Raja Lawak
The post Amir Raja Lawak Tak Segan Jual Besi Buruk, Tegur Individu Malu Usaha & Harap Sumbangan – ‘Saya Pun Berniaga Tepi Jalan’ first appeared on OHBULAN!.





