27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tentera Israel serbu Ramallah di Tebing Barat

    Shopee Sale

    Tentera Israel melancarkan serbuan di bandar Ramallah di tengah Tebing Barat awal pagi Selasa dan menyerbu pejabat stesen penyiaran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, lapor Anadolu Ajansi.

    Pasukan tentera Israel memasuki pusat bandar Ramallah dan menyerbu pejabat Al Jazeera di Dataran Manara, menurut saksi kepada Anadolu.

    Tentera Israel turut menampal notis lanjutan penutupan pejabat itu serta melepaskan gas pemedih mata dan bom denyar di sekitar dataran berkenaan, tambah saksi.

    Mereka turut memperketat langkah ketenteraan di pintu masuk utara Ramallah dan menutup jalan utama selama beberapa jam, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pergerakan rakyat Palestin, menurut saksi.

    MENARIK:  Fahmi Reza ditahan, polis rampas telefon

    Pada 5 Mei 2024, kerajaan Israel meluluskan keputusan menutup pejabat Al Jazeera selama 45 hari berdasarkan cadangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Komunikasi Shlomo Karhi.

    Perintah itu kemudiannya dilanjutkan beberapa kali.

    Tebing Barat yang diduduki menyaksikan peningkatan serbuan tentera rejim dan serangan peneroka haram Israel sejak Oktober 2023, mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,154 rakyat Palestin terkorban, kira-kira 11,750 yang lain cedera dan hampir 22,000 individu ditahan, menurut data rasmi Palestin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah